Nuffnang Ads

Tuesday, October 11, 2011

Tak Perihatin Ke

Semalam waktu pulang dari tempat kerja, hujan sudah mulai turun renyai2 yang kemudiannya menjadi lebat.   Kebetulan apabila sampai saja di kawasan parking apartment, hujan mulai reda.  Alhamdulillah!

Saya dengan sarat barang2 dijinjing kedua2 belah tangan, begitu juga dengan en suami.  Syiqin cuma bawa buku kegemarannya saja, itu pun dah dikatakan berat...alahai anak dara sorang nih.

Sampai saja di lift, ada sepasang suami isteri sedang menunggu.  Toleh pun tidak, senyum pun tidak, selamba jer muka kedua2 orang nih.  Saya pun terasa macam kerang busuk je asyik tersengih2 kat dia orang, almaklumlah konon nak menunjukkan sikap peramah saya ini (eh iye ke peramah sangat saya ni! huhuhu tengok keadaan).  Yang jadi saya geram, marah, terkilan sangat ni bila lift terbuka, kot laaaaaaa dia orang nak tolong tekan lift, dibiar je begitu, hampir2 saja lift itu tertutup. Tak nampak ke saya dan en suami dengan sarat penoh barang kedua2 belah tangan.  Tak perihatin ke nak tolong tekan lift tu supaya ketiga2 kami anak beranak ni masuk dengan selamat ke dalam lift.  Ni dibiarkan lift tu, dengan saya pulak kelam kabut melangkah masuk dan hampir2 saja lift itu tertutup.  Dengan gagahnya, saya menekan lift itu biar terbuka semula supaya en suami dan syiqin dapat masuk dengan selamat.   Saya tahu pasangan suami isteri ni serba salah bila saya mengelengkan kepala dan membebel sorang2.  

Ini lah sikap penduduk yang tinggal di apartment tempat saya, tempat lain saya tak tahu.   Sepatutnya ada sikap saling tegor menegor, bantu membantu, ziarah menziarah dan perlu ada sikap ambil tahu.   Ini kalau jiran  satu floor pun kadang2 tak kenal sebab tak pernah bertegor sapa, kalau selisih bahu pun sure mesti tak kenal kan.   Macam mana agaknya kalau sakit, atau ada kematian.  Mesti kelam kabut dibuatnya kan.  Pernah satu ketika dulu, saya ni jenis rabun jauh, minta maaf ler memang tak nampak orang.   Jiran satu floor berada di belakang saya, kot la dia nak menegor dulu.   Itu pun nasib baik saya tertoleh, saya terkejut sangat tengok jiran itu diam jeeeeee...kot la nak tegor.  Saya  pulak jenis kalau dah jumpa, terus bersembang, ajak berbual. Yang tak bestnya, rancak lak dia sembang dengan en suami.  Tapi saya tak pernah simpan di hati, lantak je lah.   Bukan luak pun kan.   Kadang2 sikap penduduk di sini, yang perlu kita terhegeh2 tegor dulu baru dia orang nak mulakan perbualan atau senyum, membuatkan kami suami isteri jadi muak.  Saya cakap kat en suami biar je la dia orang nak buat macam tu, kita jangan buat kat orang sudahlah. 

Yang paling best tempat yang saya duduk sebelum ini adalah di KAUNTERS tentera.   Memang best sangat, saling kenal mengenali, bantu membantu, tegor menegor sesama jiran.  Memandangkan en suami pun dah jadi askar pencen, maka berpindah ler kita keluar dari kaunters.

P/S:  Teringat kenangan zaman muda dulu di kaunters...alahaiiiii!!!!!

6 comments:

azam said...

camtulah......bukan amik kisah pasal jiran....

apa blh buat? mungkin salah kita juga kot xbertegur sapa sblm ni

PinKy MoMMa said...

biarkan diaorg rasa bersalah..bukan susah pun nak tekan lif..kurang sivik ni huhu..

*SiRibenMerah said...

kat office neh pon kena naik lif. pastuh ada je yg wat x kisah kalo kita jerit suh tahan lif.. siap tekan tutup lagi.. da la nk tunggu lif pon berzaman kat sini.. hangennnnn je.....

TiTi said...

betul tu kak, mak saya dari kg kalau dtg putrajaya selalu ckp "org putrajaya tak reti senyum ek?" :D

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam Kenal, Zuwaidah.. selalu baca komen Zuwaidah kat blog Kak Jun, ni baru ada hati (hehehe) nak cari Zuwaidah. Eh, sakit pulak hati baca story pasal lift yg nak tertutup tu. Syukurlah sbb sy tak tergolong jenis org yg tak hormati org lain tu. Kalau pun nak mnyombong kenalah bertempat, nak jadi pendiam pun kena bertempat jugakan.. Nanti, esok lusa, kalau tiba2 kita sakit tgh malam ke, ada kematian ke, bkn sedara mara jauh yg smpi dulu, tapi jiran juga yg dtg mmbantu, haishhh!! Mcm tak pcaya wujud manusia yg mcm tu. Eh, pnjg pulak mmbebel... hehe

zuwaidah said...

en azam - tu la pasal, tapi en suami selalu berpesan supaya biar kita je bertegor sapa, org lain nak buat dek apa boleh buat kan.

pinkymomma - yezzaaaa...betul kureng sivik. tak mcm zaman dulu, selisih di jalan walau tak kenal pun, mesti ucap salam dan senyum.

siribenmerah - haaaaaa kalau jenis yg tekan lift sedangkan dia tahu kita terkocoh2 nak masuk lift, yg tu jenis org yg self fish sangat2. tak tahu nak letak kategori mana dah.

titi - haaaaa kan, betul kan cakap mak titi tuu..bukan putrajaya je..area kat sini juga

sari yusa - wasalam. terima kasih singgah di sini. konsep kejiranan sekarang semakin pupus, tak macam zaman dulu2 lagi dah. di apartment ni, yg saya tahu konsep nak berebut jawatankuasa...alahai...sedeyyyyy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...