Nuffnang Ads

Tuesday, October 11, 2011

Datuk Ahmad Jais Kembali Ke Rahmatullah

Terkejut juga mendapat perkabaran berita ini dari facebook Aziz Desa dan juga Harian Metro terkini.

SHAH ALAM: Penyanyi veteran, Datuk Mohd Jais Ahmad atau dikenali sebagai Ahmad Jais, 75, yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, 1 Oktober lalu akibat sesak nafas, meninggal dunia pada jam 9.20 pagi tadi. Allahyarham yang dilaporkan kembali stabil dan beransur pulih selepas seminggu dimasukkan ke DEMC mulai nazak, semalam, dan dikunjungi sanak saudara dan kenalan artis termasuk Datuk A Rahman Hassan. Jenazah akan dibawa ke Masjid Shah Alam untuk dimandikan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam sebelum Zohor.

Peminat2 seni tanahair pasti merindui suara gemersik Allahyarham.   Moga2 arwah ditempatkan berserta mereka yang beriman.   Al fatihah!


1 comment:

PinKy MoMMa said...

al-fatihah..takziah pada seluruh ahli keluarga arwah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...