Nuffnang Ads

Saturday, September 3, 2011

Kembali Update.....Masih Mood Raya dan Cuti Lagi

Assalamualaikum semua teman2 sekelian.   Rindu rasanya nak kembali beraktif berblogging, tapi almaklumlah mood cuti raya masih lagi bersarang dalam diri saya ini...ini pun bersiaran langsung dari Persiaran Kulim Perdana, Kulim Hi Tech.  Sebenarnya beraya di rumah kakak saya, dah tengok anak buah tengah online ni, kesempatan saya untuk membuka blog dan check apa yang patut.

Jam dah menunjukkan pukul 7.00 petang.   Selepas maghrib la kot, kami akan bertolak ke Pulau Pinang, saja nak makan angin.   Dah lama benar tak menjejakkan kaki ke sana.  Ada laaaa dalam 15 tahun la kot...hahahaha  lama kan.   Harus sesat jalan nanti, dan yang pasti jadi jakun kejap kat pulau nanti hehehehehe.   En suami teringin nak makan nasi kandar, tapi dah makan nasi ayam hasil air tangan kakak ni, rasanya tak termakanlah kot nasi kandar tu.   Saya cuma teringin nak jengok kejap island ni, di samping tu nak merasa semula naik feri balik seberang.  Mesti jakunnnnnnn nih.. lagi lah bawa syiqin sekali.   Anak bujang saya tak ikut, biasalah budak muda mana nak berkepit dengan mak dia lagi.  Asyik2 dengan kawan2...hmmmmm rasa terkilan gak nak beraya dengan dia bersama2.  Itupun kejap je dia nak ikut, lepas tu nak lepak dengan kawan2 dia lah.   Tak apa lah...adat anak muda sekarang.

Hajat nak balik ke KL esok, tapi memandangkan kawan en suami yang dah lama tak ketemu berbelas tahun yang akan berkunjung ke Jitra esok, maka kami tunda balik ke KL pagi Isnin.   Lagipun hari Selasa baru mula berkerja.   Take my sweet time lah nak balik nanti.  Opssss jangan lupa lak nak singgah ke Pekan Rabu, nak beli sedikit ikan pekasam buah tangan untuk Opah (pangasuh syiqin).  Opah memang suka benar dengan ikan pekasam nih.

Ok, nanti saja saya bercerita panjang mengenai raya pada tahun ni.
Sampai ketemu lagi yaaaaa...
Psstttttttttt..... jangan makan banyak sangat yeeeeee.  Jaga pemakanan di bulan Syawal ini, tahu lerrrr dah bukan bulan puasa kan. 

2 comments:

cik Ida said...

selamat hari Raya kakakku.. mohon maaf zahir dan batin :)

zuwaidah said...

cik ida - kak zu terlambat ni nak wish salam aidil fitri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...