Nuffnang Ads

Tuesday, September 6, 2011

Kerja, Kerja dan Kerja.....SELAMAT BERKERJA HEHEHEHEHE

Selasa, 6hb September 2011.   

Hari pertama bekerja dalam bulan September setelah seminggu lebih pulang ke kampung nun jauh di utara.   Rata2 saya perhatikan sebaik sahaja lepas sembahyang Jumaat (ini cerita bulan ramadan akhir minggu puasa), ramai yang berpusu2 pulang ke kampung halaman masing2.  Jalan raya penoh sesak dengan kereta berduyun2 berbaris di lebuhraya.   Saya malas nak berebut2 balik ke kampung, udah ler sesak berpanjangan di lebuhraya, letih satu hal.   Jadi keputusannya, pulang ke kampung apabila jalanraya sudah mulai lengang dengan deretan kereta2.

Raya tahun ini pun ala kadar saja.  Kebiasaan, menu wajib adalah lontong disajikan dengan kuah lodeh (tanpa tempe versi utara nih), ketupat palas berserta rendang ayam yang enak.  Kuih2 raya itu cuma hiasan meja sahaja kerana yang berkunjung pun semua mencari ketupat palas dan lontong saja.  Kuih raya ini cuma laku di hujung Syawal, iye tak?!!

Hmmmmmmmm kalau nak bercerita pasal raya di kampung, memang panjang cerita.   Saya pun offline waktu di kampung, tak senang nak membuka laptop untuk mengupdate blog saya ni, yang paling pasti kalau saya on saja laptop, tukang pengacau mesti ada je jalan nak menggunakan laptop juga.  Hish hish hish!!!! Lebih baik saya betul2 cuti dan bersantai seadanya.

Hari ni masuk kerja pun, bos tak ada (sebab semalam saya cuti, dia berkerja).  Agaknya dia jumpa client la kot.   Ofis sunyi sepi, walaupun di kiri kanan saya ada 2 lagi hamba Allah yang begitu concentrate check status mereka di FB.  Hish hish hish...masing2 curi tulang yeeeee.. idak ler....saya pun dah mengupdate kerja2 saya disebelah pagi.  Petang ni, rasa macam tak ada apa sangat, buka blog, update dan check senarai2 blog yang kebanyakannya dah 6 bulan atau setahun lebih yang tidak diupdate, saya remove buat sementara.  Blog saya ini dah semakin berat, jadi saya tengok yang tidak diupdate dalam purata 6 bulan ke atas akan saya remove terlebih dahulu, (jangan marah yaaaaa....)



3 comments:

SWEETSYAZA said...

Salam Aidilfitri kak zu,

if akak hari pertama bekrja di bulan9, kita hari pertama bekerja di uitm...huuuu...nebes2

cupcakekasih said...

kak jun pun macam malas jer nak buat bunga2 fondant tu...tapi kerja kan. Kena buat juga. Rumah terbuka macam mana? Nak makan rendang Zuwaidah...(nanti kak Jun bawa cupcake ke, pavlova ke...kan!) he he he

zuwaidah said...

sweet syaza - salam aidil fitri, congrats dapat keje di uitm. mesti best kan.

kak jun - kak jun pejam mata je kalau nak buat bunga fondant tu, tengok2 dah siap, cantik lak tu. saya tak pernah lagi buat rumah terbuka secara official. sapa yang datang dilayan seadanya (apa yang ada di rumah hehehehe)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...