Nuffnang Ads

Friday, July 15, 2011

Persediaan Sebenar Meraikan Kedatangan Ramadan

Lagi dua minggu saja lagi kita akan menyambut bulan Ramadan.  Memang tidak sabar apabila menjelang bulan yang mulia ini, rindu sangat nak bertarawih berjemaah di surau berdekatan.   Mempertingkatkan lagi bacaan suci ayat2 Al-Quran, sembahyang sunat dan sebagainya.

Berikut yang boleh saya kongsikan amalan yang boleh kita semua mulakan sempena ketibaan bulan Ramadan yang mulia ini.  Amalan ini diambil dari majalah MIDI keluaran terbaru, banyak informasi yang dapat diperolehi.  Majalah ini bukan setakat untuk warga KERTU macam saya (eh tiba2 berbahasa saya, insyaallah, perubahan secara perlahan2 itu penting) tapi isi kandungan yang mantap ini boleh juga dibaca oleh mereka yang masih muda dalam alam berumahtangga dan juga mereka yang gemar menambah ilmu pengetahuan di dada.

Amalan2 yang boleh kita mulakan adalah:
1) MENGUCAPKAN
Merasa syukur dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadan ini,  Ucapan boleh ditujukan kepada diri sendiri, kaum keluarga, sahabat handai serta orang2 yang berdekatan supaya kita semua sama2 bersedia.

2) BERAZAM dan BERTAUBAT menyerah diri kepada ALLAH serta melahirkan cita2 tinggi untuk mengimarahkan bulan yang mulia ini.  Contohnya berdoa sebagaimana yang Rasulullah sentiasa amalkan dalam doa baginda:
"Ya Allah, jadikan hayatku ini sebagai nikmat yang mampu digunakan untuk menambah segala amal kebaikan dan jadikan kematianku sebagai cara untuk aku berhenti daripada segala kejahatan"

3) MENDALAMI semula perkara wajib, harus, haram serta hikmah dan adab berpuasa.
Harus melakukannya dengan cara terbaik, mengikut rukun dan tahu adabnya.  Semoga kita dapat berpuasa yang terbaik pada tahun ini.

4) BERAZAM memperbaiki dan menambah kualiti dan kuantiti ibadat pada bulan Ramadan ini.
Seperti mencukupkan solat lima waktu dan berusaha dapat berjemaah, amalan bersedekah dan berqiamullail.
Juga berazam dapat melakukan tarawih 20 rakaat atau lebih pada tahun ini, insyaallah.

5) MULAKAN amalan bertadarus mulai sekarang antara amalan yang patut dilakukan pada bulan yang mulia ini dengan mengkhatam Al Quran.  Bagi kita kaum wanita yang mempunyai halangan "uzur", harus merancang masa untuk memulakan tadarus Al Quran agar bila sampai penghujung Ramadan, bacaan pun sampai ke penghujung.

6) PASTIKAN hutang puasa Ramadan tahun lalu telah dibayar.  Ini antara wajib kepada semua kaum Muslimah.  Kaum lelaki juga, (yang tertinggal puasa) jangan lupa yaa!!

7) PERBAIKI hubungan sesama kita, suami isteri, ibubapa serta orang2 sekeliling.  Bermaaf2an serta bebas daripada persengketaan sesama kita agar kita dapat jalani ibadah berpuasa dengan penuh tenang.  Insyaallah apabila hubungan sesama manusia lancar, hubungan dengan ALLAH juga pasti berjaya.

8) ELAKKAN berbelanja berlebihan dan harus beringat agar tiada pembaziran berlaku di bulan ramadan ini.  Ambil langkah bersederhana dan mengikut keperluan sahaja, bukan mengikut kehendakan hati!

9) TANAMKAN dalam fikiran mengenai kesabaran dan kekuatan minda.

10) BERDOA agar kita semua beroleh kesempatan bertemu Ramadan ini.  Dalam keterujaan menerima kehadiran Ramadan, selalulah berdoa kepada ALLAH agar DIA memberi kesempatan kepada kita untuk bertemu Ramadan pada tahun ini.  Mohon agar diberi keselamatan dan kesihatan yang baik agar kita dapat menyambutnya bersama dengan keluarga, orang yang kita kasihi dan lain2.  

Kita mungkin merasakan kita sempat menikmati manisnya Ramadan tahun ini, tetapi siapa tahu jika ALLAH menjemput kita pulang lebih awal daripada kedatangan bulan mulia ini.

Secara berkongsi untuk kita semua.  Moga mendapat keberkatan dari ALLAH SWT

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...