Nuffnang Ads

Friday, July 15, 2011

Pagi Jumaat

Salam pagi Jumaat, hujan rahmat mencurah membasahi bumi Kuala Lumpur.  Sejuk dan nyaman.  Terasa segar menghirup udara dingin di subuh hari.  Kenderaan yang lalu lalang di Lebuhraya Duke bergerak pantas menuju ke destinasi masing2. 

Sesudah subuh dan sedekah alfatihah dan bacaan yassin, terus saja mengemas pakaian Syiqin untuk dibawa ke rumah Opah (panggilan bagi pengasuh Syiqin), bergegas ke dapur menyediakan sarapan ringkasa.   Sekadar roti goreng telor dan teh o panas buat diri sendiri serta kopi tongkat ali untuk en suami.  Alhamdulillah, kenyang.  Syukur rezeki Allah bagi pada pagi ini.   Syiqin juga kubekalkan roti goreng telor.

Hari ni, sampai awal di pejabat, gelap lagi suasana.  Hujan rintik2, sejuk terasa.  Ok, masa untuk bekerja.  Happy working pada semua kawan2, ada kelapangan kita jumpa lagi di sini.

Takzirah Pagi Jumaat:
Seorang ulama, Ibrahim A-Khawas r.a memberikan nasihat berkenaan kaedah untuk ubat hati:
Nasihatnya berbunyi: "Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.  Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandungannya.  
Kedua, mengosongkan perut daripada terlal kenyang atau berpuasa.
Ketiga, bangun (beribaat) pada waktu malam.
Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam.
Kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang soleh.

Selangkah kita mencari ALLAH, maka ALLAH akan menemuinya dengan langkah yang lebih banyak dan lebih cepat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...