Nuffnang Ads

Friday, July 15, 2011

Ketika Itu......

Bercakap bulan Ramadan yang hampir tiba ni, teringat zaman kecil2 dulu.
Ketika itu, saya (ehem2 dah berbahasa dengan tertibnya) di Sungai Petani, tinggal di Kem Polis Hutan (Batalion ke 4). Sekarang ni, kem tersebut sudah tiada digantikan dengan Lagenda Heights, ada Tesco dan kawasan perumahan serta kedai2 yang pesat membangun.

Hmmmmmmmmm..dulu2 amat seronok sekali tinggal di kem tersebut.  Rumah panjang kayu dibina untuk dijadikan kuarters penghuni polis serta keluarga masing2.  Setiap rumah cuma ada 2 bilik tidor, 1 ruang tamu berserta dining area, dapur kecil, bilik air dan tandas berasingan.  Tapi bilik tidor agak besar juga lah, boleh muat katil queen size dan katil 2 tingkat, almari baju dan almari solek.  Besar kan ketika itu.  Kalau ikut sekarang ni, rasanya tak muat kot nak letak perabut2 tersebut dalam satu bilik.

Boleh dikatakan dari usia 5 tahun (tadika) hinggalah tamat persekolahan SPM semuanya di Sungai Petani.  Memang saya suka benar dengan bandar ini, sudah serasi.  Sekarang pun memang pesat membangun, sesat juga lah nak cari kawan2 lama di sana.
Ya, berbalik kepada cerita di kem tersebut, yang paling jadi kenangan manis adalah ketika waktu Ramadan.  Memang amat meriah sekali setiap kali Ramadan, Hari Raya (samada Aidil Fitri atau Aidil Adha), kenduri kendara kerana mempunyai permuafakatan apabila tiba hari2 tersebut.  Ibu2 yang paling sibuk sekali ketika waktu Ramadan.  Petang2 siap dengan juadah yang pelbagai, dan sudah menjadi rutin kami jiran tetangga bertukar juadah apabila tiba waktu berbuka.  Dari satu jenis kuih saja mak saya sediakan, bila tiba saat berbuka, meja dah penuh dengan pelbagai juadah.  Memang seronok!  Dan apabila selesai berbuka, masing2 sibuk pula ke surau berdekatan untuk sembahyang terawih berjemaah.

Bila dah hampir hari raya, ibu2 pula sibuk dalam penyediaan kuih raya pulak.  Kaum bapa pula, sibuk membersihkan halaman rumah, menyediakan pelita dipasang sekeliling rumah atau di halaman rumah, atau yang ada lebih budget sikit, pasang lampu berkelip (saya panggil lampu lip lap lip lap hehehehe).  Yang remaja perempuan sibuk jugak menolong emak di dapur dalam penyediaan kuih raya. Saya setakat tolong mak potong buah ceri untuk biskut hari raya pada ketika itu hahahahha atau disuruh pergi kedai membeli gula, tepung, telor berulang kali.  Budak2 lelaki pulak sibuk beli mercun lah, waktu tu tak ada meriam buluh, memang tak dibenarkan di kawasan kem. Tahun tersebut sekitar 70an, memang tak boleh meriam buluh di kawasan itu, takut disangka serangan komunis pulak.  Kem ini pun betul2 berhadapan dengan ladang getah yang besar.

Hmmmmmmmmmm...inilah kenangan yang masih abadi dalam ingatan saya. 

4 comments:

i am perempuan said...

hehehe kali ni turn akak jadi ibu lak dan masak2 :P

rafina mimi abdullah said...

masing2 ada pengalaman sendiri kan kak zu..macam saya pun sama la..time pose dan raya masa zaman kecik2 dulu memang banyak sangat..kalau nak cite memang x habis punya.. :)

Ummi Hanie said...

ooo...warga sg.petani ka...

xper...kuarters pun..kngn manis gak kan... ;)

SP best betul skrg ni kan ... pesat mmbangun..mcm2 adaaa .... sy suke jenjalan sana...pakcik pun ade lak dok situ,kat cinta syg golf resort..kalau gi umah dia mesti ajak makan kat luor..ade skali tu depa blanja kat RFC .. tp depa bukan ahli,so sy bagila kad ahli sy masa nk byr tu... ;)

zuwaidah said...

sweetsyaza - thank you sudi membaca

nadiaburn - hehehehehe tu laaaa..dah jadi ibu dan isteri, kena main masak2 pulak hehehehe

mrs yie - ya byk kenangan manis zaman muda2 dulu, memang tak dpt dilupakan

ummi hanie - kak zu org jitra tapi menetap lama di sungai petani, lepas ayah pencen pindah lak ke penang. sebelum sungai petani tinggal di ulu kinta, perak 5 tahun..dah pencen betul2, pindah terus ke jitra.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...