Nuffnang Ads

Monday, July 11, 2011

Hi kawan2 semua.   Dah lunch ke?  Kita baru je makan, bihun sup jeee...dah tak tahu nak makan apa dah!  Nak makan nasi terasa lak jemunya, iye lah kat area ofis ni, memang 2 tempat je yang boleh pi makan.  Kalau hari2 memang sangat menjemukan.  Nak ke Jusco, alahai malasnyaaaaa!!

Oohhh yaaa.......kebiasaannya sebelum keluar makan, aku mesti basuh tangan dahulu.  Sebabnya basuh di kedai makan atau warong terasa macam tak bersih sangat.

Dan tahukah kita semua, tempat awam/restoran/benda yang paling senang dijangkiti kuman?

a) Menu Restoran/Warong Makan
Menu ini kerapkali dipegang dan dibelek oleh pelanggan yang berkunjung.  Cuba kita bayangkan sekiranya ada di antara pelanggan tersebut mempunyai selsema dan memegang menu tersebut dan kemudian menu yang sama juga akan dipegang oleh pelanggan yang lain.  Secara tak langsung, penyakit selsema akan berjangkit dari seorang pelanggan kepada pelanggan yang lain.  Jadi, basuhlah tangan kita setelah membuat pesanan makanan.  Tidak rugi kan kalau kita membasuh tangan kita demi menjaga kebersihan di samping mengelakkan jangkitan penyakit.
b) Hirisan Lemon yang direndam di dalam Sky Juice (Air Kosong) atau Minuman Ringan
Cuba elakkan minum air kosong/minuman ringan yang direndam berserta dengan hirisan lemon.  Para penkaji mendapati 25 jenis kuman senang merebak termasuklah E-Coli.

c) Bekas Sabun di Bilik Air
Kebanyakan bekas sabun ini tidak dicuci dengan sempurna, maka dengan itu, pembiakan kuman akan senang merebak.  Sekiranya terpaksa menggunakannya, skrub tangan anda dengan air suam selama 15 - 20 saat bagi mengelakkan pembiakan kuman.

d) Trolley di Pusat Membeli Belah
Pengkaji juga mendapati 2/3 daripada pemegang trolley yang disediakan di pusat membeli belah juga salah satu pembiakan dan pembawa jangkitan kuman.  Untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan, pastikan anda mengelap terlebih dahulu pemegang trolley tersebut sebelum menggunakannya.
(Terfikir juga aku pun tak pernah buat macam ni, ya perlu berhati2 di masa akan datang)

e) Bilik Air dalam Kapal Terbang
Tak terfikir juga kan.  Inflight restroom juga salah satu punca pencemaran jangkitan kuman terutama sekali E-Coli.  Jangkitan mudah didapati terutama sekali di "door knob" dan juga tempat duduk tandas.

f) Bilik Doktor
Ketika menunggu giliran temujanji dengan doktor, pastikan anda duduk berselang dengan pesakit lain bagi mengelakkan mudah mendapat jangkitan.  Sebolehnya, bawa sendiri tuala muka atau tisu, pembersih tangan dan majalah untuk membaca ketika menunggu giliran.

Semoga panduan yang di"google" ini dapat memberi manafaat kepada kita semua.

1 comment:

Niena Muhammad said...

a'ah.. kt tmpat awam mmg senang dijangkiti kuman..sy jarang makan kt luar kecuali kalo btul2 terdesak je.. sudu n garpu gk pelu dicuci kalo nk pakai, nk mkn ngan sudu pn kna cuci brsih2 gk tngan tu :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...