Nuffnang Ads

Monday, July 11, 2011

Aku Pun Bersih Gak!!!

Haaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Semputttt!!!!
Bukan pasal aku gi join perarakan yang tak berfaedah tu BERSIH 2.0. (kasi kuning sikit kan hehehehhe).  Tapi dah kena "perintah berkurung", tak boleh gi mana2 hujung minggu tu, aku pun dengan penoh semangat waja memBERSIHkan rumah, dalam erti kata habih semua habuk2 aku BERSIHkan.
Kipas angin pun aku BERSIH sekali, lampu2 yang bersawang dan berhabuk pun siap aku BERSIHkan.

Ohhhhhhh rasa lega sangat rumah dah kemas, sedap mata memandang.  Angin segar masuk bertiup nyaman masuk ke rumah, diserikan lagi dengan haruman Ambi Pur.

Dah masak ala kadar, lepak2 depan TV tengok perkembangan perhimpunan BERSIH 2.0.
Memang kalau diperhatikan banyak keburukan dari kebaikan.

Antaranya membuat perhimpunan haram tanpa kelulusan permit.  Semua yang anjur ni orang cerdik pandai, bukan jenis sekolah takat darjah enam je.  Tapi dah jenis ketegaq (loghat utara nih), konon nak tegak keadilan untuk rakyat padahal untuk kepentingan diri sendiri saja.  Siap ada laungan REFORMASI.   Kantoi!!!!

Lagi satu, nak "mengamuk" tak tentu hala, tak tentu pasal, lain kali tolong sangat2 buat la kat hutan ka, atau di luar kawasan tumpuan orang ramai.  Ni pi buat kat kawasan masjid india, jalan tuanku abdul rahman, sogo, perhentian pudu, kawasan bukit bintang.  Kan tempat cam gitu, tumpuan orang ramai especially di hujung minggu,  aku yang nak gi jalan2 kat area tu pun dah tak jadi.  Urusan terbengkalai kejap.  Yang kasihan peniaga2 di situ yang kerugian beratus ribu ringgit setiap peniaga.  Kasihan betul, pasar malam yang jadi tumpuan ramai di jalan Tunku Abdul Rahman pun sepi tak ada orang yang berani yang berkunjung.

Ni yang kena tahanan mengamuk sakan masa perhimpunan haram tu pun, dah la kena tangkap tak pe la jugak.  Dah tu bagi layanan baek punya.  Siap bagi makan lagi, persiapan untuk sembahyang (surau), pemeriksaan kesihatan lagi.  Haaaaaaaaaa..memang hebat kan.  Makan free lak tu...sedap lagi tu.  Ala buffet wei!!   Kalau kena kat negara lain, aku rasa depa mesti sumbat tahanan ni macam ikan sardin, makanan bubur nasi tawar...haaaaaaaaaa...tak fikir lagi tu.   Yang malu nih...bawa anak2 kecik yang tak tau apa2 nih.  Mak bapak ni jenis tak berakal, dia orang ni kalau bawa anak2 kecik orang lain tak boleh buat apa2 ke.  Konon nak jadikan budak2 tu sebagai benteng pertahanan.

Hishhhhhhhhhhhhh...aku geram memang geram nih, bab politikus nih aku memang tak minat.
Tapi kalau dah jenis suka buat huru hara keamanan negara, memang aku tak suka.

Patutnya yang kena tahanan tu, apa kata masa dalam tahanan tu suruh depa kawad keliling padang, biar askar2 bagi command pumping seratus kali.  Syok kan!

Yang paling sedih, orang MELAYU diperkotak katikkan, dipergunakan oleh bangsa lain untuk kepentingan diri masing2!   Sedarlah, PERJUANGAN KITA ORANG MELAYU BELUM LAGI SELESAI!

7 comments:

Isteri Encek Bard said...

hahhah kak kita pon wat pembersihan rumah

Sunah Sakura said...

baca la media dari pelbagai sudut, dan fikirkan kenapa mereka sanggup bersusah payah untuk berhimpun hingga ada yang syahid dipanggil Illahi... :)

azam said...

bersih yang ni xpe...untung....
hehehe....

Kesian orang melayu....melayu layu di taman larangan kot

SWEETSYAZA said...

sunah sakura : kau cakap dorang MATI SYAHID? wakakkakaa

kak zu,kita sokong pe yg kak zu ckp... takkan ada melayu yg khianat bangsa sendirik kan... :)

SWEETSYAZA said...

sunah sakura :

tolong ok. syahid atau tidak seseorang tu,Allah yg tentukan..bukan anda :)

zuwaidah said...

ok bawa bertenang....jangan gadoh2 cik adik manis semua...ini semua pendapat kak zu yang tak seberapa hehehheheh cheers!!!

MaMa CyDa said...

samalah ... mama pun wat pembersihan kat umah jugek. mmg bersih habis-habisan lahhh hahahahah ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...