Nuffnang Ads

Tuesday, June 14, 2011

Apa-apa Je

Seawal jam 4.30pagi bangun untuk bersahur.  Hari ni cuma bersahur dengan kuih koci (lebihan semalam opah bagi) dan sebiji epal (besar kedebak pulak tu), Satu mug teh o panas minuman wajib setiap hari.  Kalau tak kena teh o, rasa tak serba tak kena.  

Sedang enak mengunyah kepingan epal yang dipotong2 agar mudah dimakan, tiba2 terdengar suara azan suboh.   Aduhhhhhhhhhhhhh...sudah masuk imsak.   Terus berhenti dan berkumor2.  Alhamdulillah, boleh tahan sampai ke petang insyaallah.

Kala menaip entry ni pun (jam menunjukkan 12.56 tengahari), badan masih lagi segar bugar, mata pula masih lagi segar tidak ada rasa mengantuk yang datang bertandang.  (hehehehehe bahasa berkias sikit).  Tunggu azan zuhor, boleh solat terus.  Boss pula ada di dalam sana, tengah discuss dengan sub-contractor.  Ada la sikit2 projek kecil, projek besar dah hampir siap.  Projek bungalow sedang rancak dijalankan, cuma mencari lagi job untuk akan datang.  Kalau tidak, tak makan laaaa pekerja aku nih, boss berkata.

Petang nanti, tak difikirkan lagi nak berbuka di mana.  Selalunya en suami yang terlebih sudah mengalahkan orang yang berpuasa, ehhehehhehhhe...tak apa...janji dia belanja aku makan nanti.

Hmmmmmmmmmm...ok waktu rehat.  Nak gi exercise jap (stretch badan) asyik duduk je...nanti kramp lak.

2 comments:

Cik Jari Tembam said...

hmm dah lama tak makan kuih koci, bestnye! :D

azam said...

nice....salam perkenalan and follow:
http://www.laman-ayahsu.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...