Nuffnang Ads

Wednesday, June 15, 2011

Segar Semula

Sudah masuk waktu makan, baru boleh nak update blog.
Tak gi makan pun, dah masuk 4 hari berpuasa (insyaallah).  Ada 3 hari lagi menunggu.  Dan ada niat nak sambung lagi untuk puasa sunat Rejab.  Mudah2an diberi kesihatan yang baik untuk  melaksanakan puasa "ganti" dan sunat ini nanti.

Sunyi je ofis, sebab semua dah keluar.  Kesempatan ini untuk update blog and blogwalking.  Pagi tadi baru je pukul 9 lebih, menguap2 tak berhenti2.  Tak cukup tidor kah atau pagi tadi sahur terus tak tidor2?!  Hmmmm, ini sah kerja SETH TAN (eh berjangkit lak dengan perkataan ini hehehhehe) yang bergayut di mata ini.  Tak boleh jadi, terus berdiri sambil buat kerja.  Sambil jalan sana sini di ofis, baru ler hilang mengantuk tu.  Tambahan pulak aircond di ofis sejukkkkkkkkkk sangat, agaknya lemak di badan semakin berkurangan atau mungkinkah tuan punya badan memang tak tahan dengan hawa aircond.

Kerja filing akan disettlekan kemudian nanti.  Boleh tahan juga kerja hari ni, dan alhamdulillah dapat diselesaikan dengan baik.  
 
Ok, jap lagi update lagi. 

3 comments:

nadia ar-rumaisha said...

saya dah habis ganti puasa...kebetulan pula habis saja ganti, terus naek bendera merah... InsyaAllah lepas neh nak smbg sunat rejab pula...

risa said...

kakak..jom sembang mambang!! bos takde neh..lalalala

zuwaidah said...

nadia - dah boleh relax dah kalau dah ganti semua. kak zu pun baru nak masuk 3 hari (minggu lepas) tup2 bendara merah gak..yg geram dan terkilan tu...dah nak dekat berbuka dah tuu

risa...meh sini...ini pun tersengok2 nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...