Nuffnang Ads

Tuesday, June 21, 2011

Aktiviti Cuti 4 Hari

Dah petang pun, baru boleh update blog.  Macam ler banyak keje kena buatkan hehehehehe...sebenarnya saja bersantai2 selepas menghabiskan kerja2 pejabat.  Lega rasanya.

Hmmmmm apa yang perlu diupdatekan hari ni.   Opsss...baru teringat sepanjang cuti 4 hari menjaga budak syiqin ni, inilah masa yang amat berkualiti aku dapat habiskan bersama2nya.   Amat seronok sekali, terasa macam nak berhenti kerja la pulak kan.   Tapi mana boleh!!! Nak makan apa nanti, bukan en suami tak mampu nak menyara kami anak beranak, tapi aku lebih suka berdikari.  Dengan duit gaji tak seberapa pun, dalam sesak2 boleh juga aku membantu meringankan beban en suami.  Tidak perlu aku meminta2 setiap bulan untuk membeli itu ini.   Dengan duit poket sendiri, boleh juga aku menabung, melunaskan duit ansuran pinjaman rumah, tabung ASNB, tidak lupa tabung haji dan duit bulanan untuk anak2.   Hmmmmmmm itu kan sudah dapat membantu en suami.   Bebanan en suami lagi bertambah berbanding dengan aku.   Duit ansuran bulanan kereta, kad kredit, tabung ASNB buat anak2 dan macam2 lagi.  Kalau aku sendiri memang tak tertanggung rasanya.  Kasihan kat en suami, sebab itu lah bila pengasuh nak bercuti tempoh hari, aku tawarkan diri untuk mengambil cuti bagi meluangkan masa menjaga budak syiqin.  Pada mulanya en suami nak mengambil cuti (memandangkan masa kerjanya adalah flexible) tapi aku fikir biar saja aku yang bercuti.   Cadangan diterima dengan senang hati..(senyum sampai ke telinga).   

Hari pertama bercuti, selepas mengemas rumah dan makan tengahari, terus saja aku bawa ke Jusco.  Saja lepak2 di situ sambil memerhatikan budak syiqin bermain dengan gembiranya.   Hampir maghrib baru kami pulang ke rumah.   En Suami kebetulan baru balik dari Melaka.   Hari Sabtu, ke Wangsa Walk menonton KL Gangster.   Seronok!!! Kalau boleh nak tengok lagi hehehhehehehe (cehhhh mana bolehhhhh..nanti kena berleter laaaaaaa....aku tak suka en suami berleter mengalahkan orang perempuan)

Ahad, santai saja di rumah....tapi sekejap je...panas punggong duduk di rumah saja.   Keluar lagi...mana lagi kalau tak ke Jusco (mentang2 Jusco dekat je dengan rumah tak sampai 5 minit punnnnn)

Isnin, memang aku lepak betul2 di rumah sebab aku berpuasa.   Hmmmmmmm tinggal satu hari lagi nak ganti.  Tengok lah, insyaallah esok la kot aku sambung puasa semula.   Dan insyaallah, nak sambung puasa Rejab, masih ada beberapa hari saja lagi kan. 
Mudah2an dipermudahkan.  Aminnnnnnnn!!!!!!

4 comments:

Sunah Sakura said...

aha...kalo bekerja, boleh tampung sikit kehendak yang suami tak mampu penuhi kan... :)

zuwaidah said...

yezzzaaaaaaaaaaa betul, org perempuan wajib ada simpanan sendiri, mana tahu time "darurat" kena beringat dari sekarang.

aNiM said...

alamak,
puasa belum habis ganti.
nak bangun sahur susahnya.kalau tak sahur kang pengsan. damia masih menyusu badan.

kena ganti cepat2 ni. Mudah2an dipermudahkan.amiin..

zuwaidah said...

anim..cepat ganti...takut tak sempat. rejab lagi seminggu, syaaban menyusul pula, pas tu ramadan. kak zu sahur pun dlm pkl 5, minum air teh panas saja...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...