Nuffnang Ads

Monday, April 25, 2011

Di Hujung Minggu

Semalam lepas tengahari sikit, bersiap2 ke Aeon Jusco AU2.
Dekat saja dari rumah, 5 minit drive sudah sampai.
Masa tu hujan turun dengan lebatnya, masih ada lagi tempat parking.
Kebiasaannya hari Sabtu dan Ahad tak lah berapa busy sangat,
tapi dek kerana bahana demam AF sedang berlangsung dan pelajar2 AF pun
berada di situ, maka ramailah para pengunjung yang datang berpusu2 ke pusat membeli belah tersebut.

Aku dan en suami terus bawa syiqin ke Wonder Land, memang kat situ lah yang selalu kami lepak.
Syiqin suka bermain di situ, kami cuma memerhatikan saja.  Kadang2 main jugak aku macam budak kecil hehehehehe...Seronok lak kan.  Sekali sekala apa salahnya.
Syiqin pun tak berapa sihat sangat, main ala kadar saja.  Kalau tidak mahu dihabihkan 2, 3 jam di situ.
Tapi kali ini dalam setengah jam saja, lepas tu ajak balik.
Aku ajak gi makan dulu sebelum balik.
Sampai di rumah kaca AF, alamakkkk...ramainyaaaa manusiaaaaaa.

Tak pe, pusing dulu gi makan di A&W.  Sedap pulak makan burger dan coke float.
Habih licin hehehhehee.

Pusing dulu nak masuk supermarket nak beli sikit keperluan.
Kebetulan Adlin baru je keluar dari rumah kaca.  Amboiiiii ramainya peminat serbu nak bergambar.
Salah sorang yang terhegeh2 bergambar dengan Adlin:

Sapa lagi kalau mak budak nih....hehehehehhe bila lagi kan..bukan senang nak ambil gambar dengan "Sultan Melaka" nih.
Lepas tu pusing, ditahan oleh satu grup tengah promosi ERUL fan club.
Aku pun gatai tangan lah, enrol nama aku dapat la sehelai T-Shirt cuma RM10 saja.
Okay la tuuu..support jeee...sms idak pun hehehehehe...(peminat tak setia nih)
Size S - siap ada tag line lagi tuuuuu (pandangan depan)
Pandangan belakang
Dalam pada nak masuk supermarket tu..maka ternampak la pulaaaaaa
Teka sapa tu...alamak camera chap ITIK je nih...huhuhu tak berapa clear sangat!
Kasi besarrrrrrr sikit...ok nampak clear sikit.  Pak Nil!!!!! Tengah discuss dengan cikgu fati dan leena
Reflect cermin and flash...tak berapa clear sangat sebab kedudukan aku di hujung sikit, bukan betul2 depan Pak Nil.
Ok, dah puas baru masuk supermarket...hehehehhe giler ke apa aku nih.

3 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Sejak tahun lepas tak tengok AF..

huhu...

zuwaidah said...

tahun lepas pun tak tengok, ini pun sebab aznil jadi pengacara kembali. sebab tu tengok semula

Anonymous said...

hee...tak kenal pun bebudak af tahun nie..sbb takde astro lg..hahahhaa... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...