Hishhhhh...tak kan ler teman nak cerita hal peribadi kat sini. Baik buruk akan simpan sendiri kan..tak perlu jaja sana sini.
Udahhhhhhhhhhhhh jangan merepek....kita berbalik pada penjagaan kulit cantik.
Rahsia PERTAMA
(yang ini mesti orang LELAKI tak setuju kerana rokok sumber inspirasi dia orang)
Kerana bahan kimia yang disedut daripada rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan, kurangkan oksigen dan nutrisi yang dibekalkan untuk melembapkan tisu dalam badan.
Rokok juga membuat seseorang itu tampak lebih tua daripada umur sebenar, betul kan kan kan.
Juga elakkan bagi mereka yang tidak merokok daripada terhidu asap rokok
kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi terdedah 2x ganda risiko untuk mendapat penyakit berbanding dengan mereka yang merokok.
(INI BARU TEMAN TAHU)
Rahsia KE-2
Remajakan kulit dari dalam
Minum air kosong sekurang2nya lapan gelas setiap hari,
makan pemakanan seimbang dan lebihkan buah2an seperti
teh hijau (green tea), soya, vitamin A, B, C dan E
yang baik untuk kesihatan dan ketegangan kulit.
Rahsia KE-3
Pengelupasan kulit secara berkala
Salah satu cara terbaik untuk proses peremajaan kulit.
Namun pakar dermatologi memberi peringatan pengelupasan melampau akan
menyebabkan kulit menjadi kering, iritasi dan kemerahan serta terdedah kepada
bahaya ultra ungu.
Jangan menggunakan rawatan pengelupasan atau melakukan scrub dengan
terlalu kerap lebih daripada 2x seminggu.
Rahsia KE-4
Guna pelembab antioksi yang diperkaya dengan vitamin pada waktu malam.
Waktu paling baik adalah sebelum waktu tidur untuk mengaplikasikan pelembab ini.
Ini adalah kerana waktu ini adalah untuk mengembalikan semula kelembaban kulit di mana
kandungan aktif yang terdapat pada produk ini dapat menyerap dengan lebih berkesan.
Rahsia KE-5
Bersenam 3 kali seminggu.
Aduhhhhh..yang ini memang teman fail. Jarang bebeno nak bersenam kecuali
lepak atas kerusi U-Desire (mesin urutan) di rumah saja.
Setengah jam bersenam ringan tiga kali seminggu sudah memadai
sebagai permulaan senaman. Perpeluhan mengalakkan
rembesan bahan toksik dari badan, pernafasan teratur mampu merehatkan
ketegangan saraf dan motor otot2 dalam badan.
Senaman juga memberi oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru dan juga kulit.
Jadi pada teman2 yang seangkatan dengan teman (ANGKATAN MIDI)
boleh la mengamalkan petua2 di atas.
Informasi ini diambil dari Nona Ogos 2010.
No comments:
Post a Comment