Nuffnang Ads

Wednesday, December 30, 2009

Visit to Malacca (Part 3)

Perjalanan menerokai sekitar Bandar Melaka diteruskan lagi pada 26 Disember 2009. Pagi2 lagi sudah sedar dan bingkas bangun menunaikan solat suboh. Selesai terus saja mandi dan bersiap2 untuk sarapan pagi, sementara menunggu sikecil ini bangun dari tidur, aku mengemas bilik dahulu. Mana2 baju yang sudah dipakai, dimasukkan ke dalam beg plastik laundry. Baju sikecil dan ayahnya yang perlu dipakai pada hari itu diletakkan kemas di atas katil. Setelah sikecil bangun, terus mandikan dan bersiap2 untuk turun ke bawah bersarapan di warong yang hanya di belakang hotel saja.

Lihat gambar yang aku ambil bersama sikecil ini adalah di lorong belakang hotel. Bersih kan, nak sarapan pun selesa apabila kebersihan warong dan juga lorong terjaga.

Pagi itu, kami berjalan kaki menuju ke arah Flor De La Mar, kapal yang mempamirkan kisah sejarah Melaka. Kami juga singgah mengambil gambar Lokomotif yang disumbangkan oleh KTM. Lihat saja gambar yang diambil....



Setelah itu, terus saja ke Muzium Samudera...memang excited sangat. Tak habis2 berposing apabila sampai di sini...en suami pun nampaknya suka berposing di Flor De La Mar.
Ini di dalam Kapal Flor De La Mar, sebelah kiri ada tugu Panglima Awang, manakala di sebelah kanan pula ada peti besi yang masih lagi disimpan dalam keadaan yang baik sekali
Atasnya pula adalah gambar Alfonso DAlburqu....(eh...lupa la mcmmana nak eja nama ni)

Yang dibawah ini adalah gambar2 pedagang yang datang ke pelabuhan melaka
Koleksi Model Kapal yang berlaboh di Pelabohan Melaka dulu
Di dalam bilik Pemetaan
Dan juga kabin kapten kapal

Masa tu dah panas lit2.....tapi nak posing punya pasal, tahan sekejap bang oiiii
Nak mengata orang, aku pun sama...mana bolehhhhh...asyik dia org je ada gambar kat sini hehehhehehe
Ada lagi cerita, nanti ku post juga gambar2 di Jonker Street dan Kg Mortem. Best sangat especially di Kg Mortem.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...