Nuffnang Ads

Wednesday, December 30, 2009

Melaka Cruise

Setelah penat berjalan di Flor De La Mar, kami terus pula menuju ke Melaka Cruise. Ingin menyusur sungai Melaka, macam little Venice pulak rasanya.

Harga tiket murah saja, dewasa RM10 dan kanak2 RM5 (2thn hingga 12thn). Masih lagi awal, orang pun tak ramai lagi, jadi terus saja menaiki bot, tidak perlu beratur panjang2. Pemandu pelancong menerangkan serba sedikit pemulaan wujudnya Melaka Cruise ini. Di sepanjang perjalanan, sempat lagi mengambil gambar bangunan2 lama yang masih lagi kekal dengan keasliannya. Menurut pemandu pelancong tersebut, bangunan yang di sepanjang sungai itu akan dicat semula dan dilukis 'mural' yang mengambarkan sejarah negeri Melaka. Semua ini adalah di bawah tangunggan kerajaan Melaka sepenuhnya. Tak banyak gambar yang diambil, sebab sesi Q&A sedang berlangsung sepanjang perjalanan cruise ini yang mengambil masa 45 minit.

Sebelah kiri, tiket yang dibeli. Kanan, siapa lagi kalau bukan suamiku
Aku dan syiqin, wajib posingggg....
Ini sebahagian bangunan di sepanjang sungai ini yang masih lagi kekal kebersihan serta hasil senibinanya.
Yang ini pulak, Kg Morten. Wahhhhh...teringin betul nak jejak kaki ke situ....Wajib masuk dalam agenda
Selepas ini ke Jonker Street pulak.....nak tengok apa ada di sana. Jommmmmm



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...