Nuffnang Ads

Tuesday, December 29, 2009

Visit To Malacca (Part 2)

Sempena cuti krismas lalu, kami sekeluarga mengambil kesempatan berkunjung ke Melaka buat kali ketiga. Kenapa? Sebab lawatan kami sebelum ini agak kelam kabut sikit kerana mengejar waktu untuk menghadiri majlis kenduri kawin teman dan saudara di Negeri Sembilan (majlis ini akan ku tulis pada akan datang). Terlalu banyak nak diceritakan, seronok tak terkata kerana kali ini memang kami manafaat kunjungan kali ini.

Kami lebih banyak berjalan kaki, kereta diparkir berdekatan dengan hotel. Hotel pula di Melaka Raya, masyaallah memang sesak jalan. Tempat parking pun terhad. Nak park betul2 depan hotel memang tak dapat, terpaksa parking di nun hujung jalan, pabila malam baru ada tempat yang sesuai untuk diparking.

Penginapan kami di Hotel Johan. Walaupun bukan 5 star hotel, memadai dapat bilik yang amat selesa dan yang penting bagi aku, mesti ada pandangan. Kalau bilik tanpa tingkap....alahai rasa macam tak bernafas....sesakkkkk!!!! Bilik kami mengadap di lorong belakang, tapi jangan tak percaya. Nampak saja lorong belakang, tapi bersih sangat. Tak ada pandangan yang menjijikkan seperti lorong2 belakang di Kuala Lumpur. Memang aku salute la Majlis Bandaran Melaka ini, amat perihatin dengan kebersihan walaupun di lorong belakang. Nanti ku paparkan sedikit gambar hotel di sini nanti.

Hari pertama sampai, terus kami pergi ke Menara Taming Sari. Menara ini terletak di Jalan Merdeka Banda Hilir. Dibuka dan dirasmikan pada 18 April 2008 oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Ketinggian 110m dengan 360 darjah pemandangan yang boleh kita lihat apabila menaiki menara ini. Boleh memuatkan 66 orang pada satu2 masa dan mengambil masa 7 minit untuk menikmati pandangan bandar Melaka. Harga tiket pun agak murah iaitu Rm10 bagi dewasa, yang pastinya pekerja kaunter tiket akan bertanya pelawat berasal dari mana (aku pun tak pasti kenapa).

Inilah yang dapat aku ambil sekitar di Menara Taming Sari dan juga pemandangan yang saujana mata memandang. Banyak yang diambil tapi tak semua dapat ku uploadkan di sini.

Tiket Menara, Kaunter yang selesa - sebelum masuk ke menara setiap pelawat dikehendaki
mengambil gambar sebagai kenang2an. Gambar ini pulak akan disiapkan dengan kadar segera
dan diletakan ke pintu keluar dan sesiapa yang berhajat nak membeli gambar tersebut sebagai kenangan boleh terus beli di situ jugak. Harga RM35 sekeping. Suami kata apa salahnya beli buat kenangan. Lupa pulak aku nak letak gambar tersebut di sini
Syiqin dengan penuh sabar menunggu giliran untuk masuk ke menara.
Siap beli trolley untuk dia, tak larat la asyik nak berdukung jeee.

Beberapa pemandangan yang dapat dilihat dari menara taming sari.
Flor De La Mar, Dataran Pahlawan
kesesakan Jalan Merdeka (shopping area), kolam renang ini adalah di bawah
kelolaan Majlis Bandaran Melaka
Hotel2 bertaraf 4 dan 5 bintang
Muara sungai - bersih sangat.

Lagi pemandagan yang dapat dilihat, salah satu Eyes of Malaysia
Turun saja dari Menara Taming Sari, syiqin teringin lak nak tunggang motor.
Di situ juga ada bungy jump untuk kanak2 saja.
Deretan beca yang menunggu pelanggan di hadapan menara taming sari.
Serta pemandangan di waktu malam. Aku kurang mengambil gambar di waktu malam
tak pandai nak setting kamera utk night mode.
Tengok tu syiqin, pengsan keletihannnnnn...kasihan...pampers saja.
Ada lagi gambar2 menarik kami di Melaka.......tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...