Memang meriah sungguh. Di Kedah, cuma ada gotong royong untuk jamuan kenduri. Kalau majlis berinai kecil atau berarak pengantin aku tak pernah tengok betul2 lah, aku sendiri dulu kawin pun malu nak naik pelamin hehehhehehehee.
Lauk pauk memang sedap, pelbagai. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu, dibuat secara buffet style. Kebetulan adik biras aku tu memang mengambil tempahan catering dan andaman, so memang tak ada masalah untuk membantu kakaknya dalam persediaan khemah, pelamin, fotografi, pakaian pengantin dan sebagainya.
Pengantin perempuan tersenyum manis tatkala menanti diijabkabulkan. Pasangan seorang anggota polis dan secara kebetulan memang teman persekolahan di masa remaja mereka. Kelihatan bapa pengantin perempuan (abang iparku) menyerahkan tugas mewalikan akad nikah itu kepada imam.
Persiapan pelamin sedang rancak dijalankan, manakala kelihatan jiran2 berdekatan berehat seketika setelah bertungkus lumus dari pagi hingga ke malam
Gambar di tengah adik pengantin perempuan sedang menyiapkan sampan untuk perarakan pengantin untuk malam itu
Bukan sepasang, tapi dua pasang pengantin diraikan pada majlis yang bersejarah itu iaitu pada 20hb Disember 2009, si abang dan si adik sama2 mendirikan rumahtangga.
Gambar di tengah adik pengantin perempuan sedang menyiapkan sampan untuk perarakan pengantin untuk malam itu
Bukan sepasang, tapi dua pasang pengantin diraikan pada majlis yang bersejarah itu iaitu pada 20hb Disember 2009, si abang dan si adik sama2 mendirikan rumahtangga.
Sibuk nampak mak mertua menerima panggilan tahniah bertalu2 dari sahabat2 jauh dan sedara yang tidak sempat berkunjung ke majlis yang bersejarah itu.
Ok, kita tutup tirai 2009, ada beberapa jam lagi....dan selamat melangkah ke tahun 2010. Moga2 tahun 2010 akan memberi lebih makna dalam kehidupan, lebih2 lagi dalam mempertingkatkan lagi amal ibadah.
Esok (1/1/2010) aku sekeluarga ke Terengganu....tunggu cerita selanjutnya.......
No comments:
Post a Comment