Nuffnang Ads

Wednesday, December 30, 2009

Kampung Morten, Melaka

Lepas waktu maghrib, kami bertolak pula ke Kg Morten. Memang sunyi sepi, sebab dah malam. Semua pintu ditutup rapat cuma ada terserempak satu famili tengah bersembang2 di luar. Ajak lagi kita orang singgah kat rumah dia orang, punyala peramah orang Melaka ni. Kami cuma menyatakan Insyaallah...saja je nak jalan2 tengok2 kampung ni. Malam tu angin dingin sejuk. Seronoknya berjalan2 tak terasa berpeloh langsung (atau aku yang memang kurang berpeloh hehehehehhhe).

Disebabkan tak puas malam tu berjalan sebab bila ambil gambar saja, nampak malap semacam je. Memang tak reti aku nak setting kamera aku ni ke mode malam. Buta IT la katakan. Esok tu pegi lagi. Kali ni memang puas hati, siap berposing dengan tuan rumah sekali. Yang menariknya hiasan dalaman rumah yang dikunjungi memang menyimpan barang2 lama yang tak boleh didapati sekarang ni.

Jom jamu mata...nak tulis satu persatu...penat la weiiiii


Ini rumah yang banyak menyimpan khazanah lama. Scroll kat bawah tengok barang2 lama tersebut
Katil besi tembaga....cantik lagi laaaa...dihias indah macam katil pengantin, meja solek juga sangat antik
Syiqin berehat di beranda (yang ini kalau rumah aku sendiri rasanya nak juga ada beranda)

Pinggan mangkuk lama, baju pengantin tuan rumah masih lagi disimpan dengan baik.
Kasut pengantin dan juga beg pada waktu itu.
Sebelah tu pulak, dapur yang penuh dengan barang2 dapur lama

Tengoklah nih...geramnya koleksi lama ni. Rasanya kalau peminat barang antik mesti tak lepas peluang untuk memilikinya

Oven butterfly - mak aku pun ada dulu.
Ini la gambar tuan rumah (lupa nak tanya nama, asyik Q&A banyak sangat)

Di bawah ini adalah koleksi di Villa Sentosa...memang banyak sangat
Tuan rumah pun peramah menerangi satu persatu sejarah rumah tersebut.
Setiap pelawat akan menandatangani buku pelawat yang disediakan.

Koleksi piring hitam lama dan rekod

Memang penat betul berjalan kali ni. Selepas Kg Morten, terus bertolak ke Melaka Zoo dan balik terus ke Kuala Lumpur. Bila lagi nak ke Melaka. Tunggu saja, pasti akan ke sana lagi nanti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...