Nuffnang Ads

Wednesday, May 2, 2012

MEI kau datang lagi.

Assalamualaikum sahabat sekelian.

Sudah sebulan baru ketemu kembali di laman blog yang semakin sepi.  Hari ini dengan semangat baru dan diharap akan terus bersemangat untuk menulis semula.

Mungkin tidak terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA kepada rakyat Malaysia.   Kita semua doakan agar Malaysia terus aman damai dengan rakyat yang saling bersatu padu dan tidak berpecah belah. (opssss tak mo cakap politik di sini yaaaaaa....nanti disalaherti pulak kan).

Semalam, pagi2 lagi sudah bersemangat bangun dan mengemas rumah.  Sementara tunggu budak kecik (syiqin) bangun, saya terus sediakan sarapan ringan untuk en suami sementara saya cuma minum segelas air kosong saja.  Rutin saya kalau hari tidak bekerja memang selera makan tu berkurangan.  Kadang2 jam 12 tengahari baru saya terasa lapar, apa yang saya buat untuk menghilangkan rasa lapar cuma minum air kosong sebanyak mungkin.  Does it help? Hmmmmm entahlah.  Agaknya dah terbiasa kot.

Sesudah siapkan syiqin, baru saya bersiap2 untuk bersantai2 bersama en suami dan syiqin.   Hmmmmm kebetulan hari sebelum tu, saya dah beli 2 tiket wayang.  Tonton AVENGERS!!!

Poster of Marvel's The Avengers

Dalam panggung ni, tak senang duduk jugak sebab dari awal sampai penghujung cerita, cik syiqin ni tak henti2 bertanya itu ini sampai hilang konsentrasi.  Tapi layan jugaklah pertanyaan dia nanti merajuk pulak kan.  Agaknya orang di hadapan seat saya ni mesti tak selesa dengar syiqin pot pet pot pet dalam panggong. Minta maaf ye dek, esok2 mika ada anak sendiri nanti, macam tu ler kena layan kan.  Harap bersabar ye.

Lepas menonton hajat hati memang nak ke PWTC pulak. Kan ada pamiran buku 2012 di PWTC dari 27/4/2012 hingga 6/5/2012.
Tetapi di pertengahan jalan, hujan turun dengan lebat.  Saya tak berani nak ambil risiko kena hujan terutama sekali syiqin.  Takut demam pulak.  Sudahlah dia baru je baik demam, lama jugak dalam 3 hari.   Kami decided patah balik, terus ke AEON wangsa maju je.  Boleh la jugak dia bermain2 di Wonder Park tu bagi mengeluarkan peloh.   Dah puas bermain, terus singgah ke warong satey Lembah Keramat.

First time cuba masakan baru ni, masakan kegemaran orang Kelantan atau Thai (tak berapa pasti, yang pasti kedai ni dipelopori orang2 Kelantan)
Bubur chop untuk saya, (bahan utama telor separuh masak dicampur dengan bubur nasi, serta perencah lain seperti isi ayam, serbok cili kering, lobak masin, serta sup ayam) kway chop untuk en suami (sama saja bahannya cuma telok separuh masak digantikan dengan telor rebus).  Budak syiqin pula makan sup daging dan nasi putih.  Alhamdulillah, rezeki pada hari itu.

Malam memang masuk tidur awal sebab masing2 dah kepenatan dan kekenyangan.
 

1 comment:

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam Kak Zu.. first time tau pasal bubur chop dan kway chop tu... mesti sedap..

Kalau tengok wayang dengan budak2 macam tulah ya, kita lak kena jadi tukang cerita, hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...