Assalamualaikum semua!
Jam sudah menunjukkan
12.30tengahari. Matahari tinggi menegak,
bahang terik terasa. Hari ini office
meeting, sangat santai dan ringkas. Amat
lega sekali, semua perbincangan straight to the point, tak ada meleret2. Nak ambil minutes pun senang.
Cerita semalam!
20 May 2012
Hari kelahiran anak
sulong @ Mohamad Faizal yang sudah menginjak usia 21 tahun. Kata orang usia 21 tahun kunci
kebebasan. Tak ada maknanya! Mana mungkin diberi kebebasan, seharusnya ada
batas2 yang masih perlu diterapkan. Apa
lagi anak jantan! Perlu sudah tahu
tanggungjawab sebagai anak, hamba ALLAH.
Tidak lupa tanggungjawab untuk menghabiskan 4 bulan lagi pegajian dalam bidang
tourism. Itu wajib disempurnakan dengan
mendapat segulung Diploma dalam genggaman.
Selepas itu, kata Faizal, minat untuk menceburi bidang ketenteraan dalam
Tentera Laut akan diusahakan pula. Saya
amat bangga dengan anak lelaki saya ini, semangat kental. Tidak mudah putus asa, Cuma perlu diberi
kata2 perangsang untuk menaikkan semangat.
Dalam pada itu, Faizal berusaha keras untuk menurunkan berat badan
dengan berjogging dan senam di gymnasium.
Moga mendapat berat ideal yang dicita2kan. Perlu turun berat badan kan… nanti nak masuk
tentera tak lulus pulak.
Apapun, mak doakan
semoga Faizal sentiasa dirahmati ALLAH.
Jadikan AlQuran itu panduan dan pegangan hidup. Jangan lupa solat dan bersedekah selalu
ya.
|
Ini my anak Bujang...kena kuruskan lagi badan dan muka tu. waduhhhhh!!!!!! |
Lagi cerita semalam!
Awal pagi dah bergegas
menghantar Syiqin ke Tadika Twinkle Tots.
Acara sukan tahunan tadika diadakan di K Klub Taman Melawati. Memang seronok tengok kanak2 riang ini. Macam2 gelagat! Syiqin dan kawan2 menaiki bas ke K Klub,
manakala ibu bapa akan terus ke kelab tersebut.
Memandangkan pagi masih awal, kami bersarapan dahulu di Wangsa
Melawati. Nasi lemak kukus bersama
sotong kering sambal menjadi pilihan.
Ada pelbagai lagi pilihan, sambal kerang, sambal udang, sambal ikan
bilis dan kentang tapi yang menjadi pilihan kebanyakan pelanggan adalah ayam
kampung. Harga memang agak mahal jugak
tapi alhamdulillah rezeki pagi. Cukuplah makan ringan saja kan.
Acara sukan bermula
tepat jam 9.30pagi. Dimulai dengan acara
larian obor (sangat comel), peserta dari Rumah Merah, Biru dan Hijau berarak
masuk dengan tema Balik Kampung. Tidak
lupa juga dengan bacaan ikrar para peserta (heheheehe tidak boleh pertikai sapa
menang sapa kalah….kelas gitu). Sangat
seronok tengok gelagat kanak2 riang ni, ada buat hal sendiri, ada yang
bersungguh2 participate dan ada yang menangis, hehehehehe kelakar betul. Acara ibubapa pun ada juga, tapi saya tak
masuk ler sebab dah ada wakil dari Rumah Merah. Keputusan berpihak pada rumah Biru, Rumah
Merah dapat terakhir sekali. Ok lah
syiqin, ini kan suka2 saja kan. Bangga sungguh
tunjuk medal yang dia dapat hehehehehe.
Jam 12.30 tengahari selesai semua, ada sedikit jamuan ringan
diadakan.
Di bawah ini pelbagai reaksi dan gelagat kanak2 riang ini:
|
Bersiap2 untuk acara perbarisan |
|
I am here Mak! Smile!!! |
|
Opsss gambar kurang memuaskan. Acara bermula |
|
Persembahan dari kanak2 Twinkle Tots. Sangat2 comel |
|
Dengan tema Balik Kampung...tu dia kayuh jangan tak kayuh. Syiqin dlm berkain coklat belang. |
|
Upacara membaca ikrar hehehehehe...so tak dak sapa boleh pertikaikan menang dan kalah. Semua dapat hadiah hehehehe |
|
Sempat lagi tersengih while waiting for berlari berkejaran hehehehehe |
|
Bak kata Kak Jun @Cupcakekekasih...Go Go Girl!!! |
|
Yesssss!!!! Dapat hadiah walaupun dapat nombor terakhir. Boleh kan gitu!!! |
|
Tak kisah ler kalah atau menang, janji Teacher bagi hadiah wokey!!!! |
|
Thank you teacher |
|
Yeeeeehuuuuuuu |
|
Dengan rakan rapat, Ainon, sebaya tapi Syiqin tinggi lagi!!!! |
|
Dengan bangganya menayang medal larian tercorot muahahahahha |
3 comments:
yeayy.. dapat award..
Manisnya anak dara, orang bujang tu boleh tahan handsome juga ya ;-)))))
Iyra - award utk si comel. dia tak tahu pun rumah Merah KALAH heehehehe
Sari - ehem ehem....adakah kita akan berbesan hihihihi
Post a Comment