Nuffnang Ads

Friday, March 23, 2012

Paint It Yourself

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua members!

Kalau tengok balik latest update saya pada 14 Mac 2012 yang lalu.  Tu diaaaaa...... sikit punya lama tak update kan.  Apa punya tuan rumah nih, malas tak terkata.  Berblog walking rajin lak tu huhuhuhu.
Ni laaaa...saya ni kalau mengadap kerja, bila dah selesai, tak teringat pulak nak masuk blog.  Bila dok kat rumah  saja2, baru teringat blog ni dah lama tak singgah.  Agaknya kalau blog boleh berkata2, mesti dia akan jerit kat tuan dia ni, awatlaaaaaa tuan aku ni tak rajin macam orang lain.

Nak tahu pasai apa saya kurang sangat nak update.
Asal nak buka blog saja, bos pangge!! Huhuhuhu....macam tahu2 ja dia saya ni cover line depan computer dengan muka serious buat2 sibuk tak terhingga (ada kala memang benarlah kerja tak menang tangan, kiri kanan, atas bawah segalanya perlu dilunasi)  Tapi time bos tak ada di ofis, tak reti2 pulak nak buka blog kemaskini sikit ke...adoiiiiii time2 nak update...masa tu la idea hilang entah ke mana.

Tak paaaa...kita citer pasai lain pulak yaaaa.
Sejak menjak ni, menjadi satu kegilaan bagi saya untuk mewarna.
Hmmmmm.....tak pasal2 terbang duit kat RM300 jugaklah beli perkakas lukisan, gambar bercanvas lagi.  Yang tak tahan, bila dah start mewarna, macam lupa dunia.  Teramat ralit mewarna sampai kadang2 pukul 1 pagi pun masih mengadap canvas ni.

Ini kerja saya sejak menjak nih....ralitnya mewarna nih
Yang ini saya tolong warnakan untuk Syiqin.  Kalau dia ke yang mewarna habih la kan...comot!!!

Yang ini ada sikit lagi nak habih...bila nak habih nih...dah 3 hari tak pegang berus!!
Huhuhu......

Berangan2 lagi nak buat satu lagi lukisan...tapi kena slow sikit.
En suami macam jeling semacam jeeee bila saya punya la kyusuk mengadap benda nih.  Hishhhhh!!!

3 comments:

marinahunny said...

lawanyeeeeee...pandai lah :-)

Sari Yusa Ibrahim said...

cantiknyaaaaaaa... ada bakat terpendam kakakku ini.. :-)))

cupcakekasih said...

cantiklah Zu...kak jun suka juga buat ni...tapi kena abaikan. kalau tidak, nanti tak tau mana satu nak adap...kesudahanny berhabuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...