Nuffnang Ads

Thursday, December 22, 2011

Alhamdulillah, Rezeki Lagi

Assalamualaikum!
Dah petang baru leh masuk yeeee...tak apa, asalkan rumah saya ni tetap dikunjungi dan diupdate selalu!

Syukur alhamdulillah.  Tengahari sebelum pi makan, boss panggil masuk.  Macam biasa, dengan notepad dibawa bersama, saya bersedia untuk mencatat segala arahan yang akan diberikan.  Rupa2nya ada sekeping kertas yang dihulurkan kepada saya, terbeliak sat mata saya.  Biar betui boss nih.  Boleh pulak saya bertanya, "Awat banyak sangat bagi, tahun ni ja dah 2 kali, ni sekali lagi dah jadi 3 kali boss bagi nih".  Dia kata, "Tak pa la...ada rezeki lebih, saya bagi laaaa....kena la kerja kuat2 lepas nih".  Saya tersengih2, terus kata, "Alhamdulillah, murah rezeki.  Terima kasih ya."

Hmmmm..nak tahu, boss saya bagi bonus lagi.  Syukur teramat sangat.  Nasib la dia tak tarik balik masa saya kata banyak kali dia bagi bonus tahun ni, hehehehehhe.

Moga tahun 2012 akan bertambah lagi projek2 dan keuntungan besar bagi syarikat ini dan semestinya tempias keuntungan dapat diagihkan sedikit untuk pekerja2.

Syukur, alhamdulillah.  Amin, amin, amin!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...