Nuffnang Ads

Monday, November 14, 2011

3 Mak Dara

Assalamualaikum.

Lately, blog ni sunyi sikit dari sebarang update.
Kali ni, nak post cerita raya Aidil Adha lalu, kesempatan bercuti sambil menziarah teman2 lama.

Rosmawati atau panggilan Roose Moose (dalam FB) menjemput saya dan beberapa teman yang lain ke majlis kenduri selamat sempena pemergiannya dan suami ke London pada 15 Disember 2011.  Suami Roose (panggilan Abang Mus) mendapat tawaran bekerja sebagai Chef di restoran Malaysia (nama restoran kurang pasti tapi kepunyaan orang Melayu kita juga).  Kontrak selama 5 tahun dan Abang Mus cakap kalau diizinkan akan berlanjutan selama 10 tahun.  Wow, seronok dapat menimba pengalaman di negeri orang.  

Saya sudah lama tidak ketemu dengan Roose sejak kami berdua berhenti kerja di Kangar Travelodge atau sekarang dikenali dengan nama Putra Palace (dengar kabar hotel ini menanggung hutang jutaan ringgit dan akan dilelong tidak lama lagi, sedihnyaaaa).  Kesempatan ini juga, saya bertemu dengan sahabat saya ini (memang rapat dari dulu lagi) Rahmah Jan Ali Haideer.  Nama pun macam ala2 Pakistan gitu.

Ketiga2 kami adalah senasib iaitu pernah menjadi Miss J.  Tapi alhamdulillah masing2 sudahpun bersuami dan insyaallah hidup bahagia dengan kehidupan masing2.

3 sekawan bertemu mesra

Inilah Roose Moose - sebaya dengan kakak saya rupenya

Rahmah Jan - ada darah pakistan
Hidangan petang itu nasi beriyani, ayam masak merah, kari kambing, dalca campuran, daging rendang, berserta dengan pencuci mulut agar2 merah kelapa pandan.  Sedap semua, apa tidaknya, Abang Mus yang masak kesemuanya.  Beruntung kawan saya ini, en suami masak untuk dirinya hehehehehhe.

Moga perjalanan sahabat saya ini nanti dipermudahkan dan berjalan lancar.


7 comments:

azam said...

:) seronok jumpa geng lama ni...hehehe

Jiejah @ Iza said...

bestnya dpt duk obersi ,lg best incik suami sudi masak huhuhuhu ... suami kita masak air jeee hahahaha

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

mmg best duduk kat london kan kak zu....bestla kwn akak tu dapat somi chef gituew, mesti masak sedap ni.....wah menu pun curlastt sangat la.....

Oh Oeya said...

Amin.

Wah! Best nyer gader2 gn kwn2 lama Kak Zu :)

Kita bila ya Kak Zu gader2 ;-)

wahida said...

alahai...putra palace tu nak lelong? sedihnya...pernah tgk hotel tu masa sampai kat perlis tahun lepas...nampak mcm ok je kan...huhuhu...


bestnya kwn akak tu...nak duk london lagi....

*SiRibenMerah said...

amboi2.. segak2nya.. bg petua rahsia kecantikan.. hehe..

TiTi said...

kekal sahabat selamanya! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...