Nuffnang Ads

Thursday, October 6, 2011

Mimpi atau Realiti????

Sedang enak dibuai mimpi, tiba2 terdengar ketawa halus di telinga saya.  Hmmmm...sapa pulak nih.   Orang  tengah syiok tidur nih.   Tanpa memperdulikan langsung, saya sambung semula tidur tanpa membuka mata sedikit pun.   Tiba2 terdengar sekali lagi suara itu, betul2 di telinga saya.  Ahhhhhhhhhhh....sudah!!!!  Saya lantas bangun, jam baru nak berganjak ke pukul 12 tengah malam.  Toleh ke kanan, en suami tiada di sisi.  Hmmmmm mesti di bilik ketiga buat kerja yang tak pernah habis.  Syiqin pun mesti ada sama.

Saya bingkas bangun, terasa mahu ke tandas pulak.   Jengah sebentar ke bilik ke 3.  Ya! jangkaan saya betul, kedua beranak ni sedang suka2 buat kerja, si ayah tekun dengan kerjanya, syiqin pulak dengan permainan masak2nya.

Hati saya tergerak nak bertanya, siapa yang ketawa tadi.  Tapi terasa seram pulak tengah2 malam begini kalau diajukan soalan yang pasti tiada jawaban.  Siapa agaknya tadi, saya memang 100% pasti suara itu jelas kedengaran, walaupun saya tertidur tadi.  Saya kalau terdengar apa2, pantas saja saya terjaga.  Tak mungkin tidur mati!!!

Teringat saya en suami pernah bercerita sumber dari pengawal apartment di kawasan ini, di antara deretan pokok2 rendang dan kawasan parking, menjadi tempat persinggahan langsuir!!!  Adakah suara itu yang saya dengar????  Uihhhhhhhh seram la pulak.  Malam ni dah lah berduaan saja dengan syiqin.  Mudah2an ALLAH lindungi kami semua.

7 comments:

Unknown said...

amin.....semoga mendapat perlindunganNYA

seram

Oh Oeya said...

Ish!! Wat seram jerk Kak Zu..

Amin.

*SiRibenMerah said...

huuuuu..
saya baru kena cakar dua mlm lepas..
takde angin takde ribut.. tiba2 sakit kesan cakar.. esok trus lebam.. mungkinkahhhhh hantu??

penah tgk langsuir.. takuittt~

zuwaidah said...

AZAM - Mudah2an dilindungi.

Oh oeya - memang ler seram...pernah kena usik di rumah, di ofis juga...asyik kak zu je yg nampak..aishhhh

siribenmerah - hishhhhhhhh pernah nampak keeee...takut lerrrr

sweetsyaza - hahahaha kalau nampak...mau pengsan

PinKy MoMMa said...

waaaaa nape cerita ni di blog..kang ada yang takut nak bangun tengah malam..tahan jer air tencing sampai subuhnye huhuhu

azieazah said...

Ayoooooo takut saya!

TiTi said...

kak zu...seramnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...