Nuffnang Ads

Wednesday, October 5, 2011

Sejak Menyepikan Diri

Rasanya blog saya ini dah tak semeriah seperti dahulu.  Sebenarnya banyak perkara yang nak diluahkan atau ceritakan di sini tapi kerana kerja2 yang sentiasa menuntut untuk dibereskan, saya jadi terlupa apa nak dicoretkan.  Jadi......benda dah jadi basi, malas saya nak ceritakan lagi.

Hmmmmm....blog pun dah agak bersawang2 sikit heheeheh...penulis kekurangan idea heeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!! Tak ada benda yang menarik sangat pun nak diceritakan di sini.  Rutin kerja pejabat berjalan seperti biasa, di rumah pun sama.   Cuma di rumah, saya lebih rajin mengemas, mengubah atur kedudukan cabinet di dapurlah, dalam bilik tidur kedua lah, dan yang paling saya nantikan nak ubah kedudukan perabut di ruang tamu.   Tunggu sub kontraktor install power point untuk TV.   Walaupun rumah sewa, tapi saya suka kalau rumah yang saya sewa ini cantik dan kemas macam rumah sendiri.  (Entah apa kabarlaaaaaa rumah saya di Kesuma Lake tuuuu....hmmmmmmmmm)  Dalam kepala saya ini, macam2 nak buat di ruang tamu nih, tunggu en suami kata OK saja.  Opsssss...kalau tuan rumah ok, apa salahnya kan.   Saya bukan nak pecah lantai atau buat major renovation, cuma ubah perabot saja.   Setengah perabot dalam rumah ni, tuan rumah yang punya.  Selebihnya saya punya sendiri.

Ok, saya nak ambil sedikit idea2 dari majalah tempatan.  Tak perlu "grand" sangat, sekadar indah di pandangan mata sendiri sudah mencukupi.

4 comments:

Unknown said...

xpe.....sekali-sekala bersihkan lah sawang tu ye

azieazah said...

Rumahku Syurgaku. Asal selesa dan bersih, teruskan. Penghuni rumah lebih penting.

Oh Oeya said...

As salam Kak Zu.
Rajin juga ye Kak Zu ni..
Harapnya penyewa rumah Kak Zu dpt laa jaga rumah tu sebaik Kak Zu menjaga rumah sewa yg ni kann..
Kerja memang perlu dibereskan, tanggungjawab dan amanah kita sbg pekerja..
Betullah Kak Zu.. jgn sampai org kata 'biar papa asal bergaya'.. mintak dijauhkan sifat ni.. sama2lah kita..

zuwaidah said...

azam - ya betul tu, sekali sekala kena buang sawang hehehehe

azieazah - walau sekecil mana pun rumah tu, kalau bersih dan kemas dijaga, memang cukup menyenangkan.

oh oeya - moga2 dia pun jaga rumah kak zu pun mcm tu jugak. kalau keluar rumah sekali pun, tak ada la byk kerosakan. kasihan pada tuan rumah nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...