Nuffnang Ads

Monday, October 17, 2011

Aktiviti Hujung MInggu

Sabtu lalu, awal pagi sesudah suboh dan mengaji, saya seperti biasa melakukan rutin menyediakan breakfast dan mengemas rumah.   Breakfast pun ringan saja, sebab kami suami isteri bercadang untuk "morning walk" di taman tasik.   Dengan dua biji telor setengah masak setiap seorang dan secangkir kopi O panas sudah cukup untuk alas perut.  Untuk Syiqin, saya telah sediakan nugget goreng garing berserta sausage ayam.  Susu coklat telahpun dibancoh panas2.  Hmmmmmm memang ringan sarapan pada hari itu.  Kalau berat sangat, takut kami tiga beranak tersadai di rumah saja la kan.

Terus saja ke Taman Tasik Permaisuri Cheras.  Dah lama benar tak sana sejak berpindah ke daerah Keramat (chewahhhhhhhhh), jarang2 sekali dapat ke taman tasik permaisuri ini.   Syiqin begitu teruja dengan kawasan permainan kanak2 riang.  Memang luas kan kawasan permainan kanak2 ni, bukan setakat kanak2 riang saja, ibu bapa pun turut serta sekali bermain dan meluangkan bermain bersama2 anak2.

Memang berbaloi dari jam 10.00 pagi sampai ke 12.00 tengahari menghabiskan masa di situ.  Tak terasa panas pun, kerana kawasan di situ penoh dengan pohon2 rendang, redup dan sejuk kawasan tu.  Nanti next week nak pegi lagi lah.   Dah tengahari kan, so balik terus dan singgah makan tengahari.  Hahahahaha....gantung periuk lagi.  Tapi balik, masak jugak yang ringan2 untuk dinner malam nanti.

Ahad pula, kami bertukar tempat pula ke Taman Tasik Keramat (berdekatan dengan stesen putra Jelatek).  Saya biarkan syiqin berlari sana sini, tak perlu risau kerana tempat permainan selamat dan saya pun turut berjalan2 keliling tasik tu,  Keluar juga peloh nih, badan pun terasa ringan.  Saya malas nak berlari, selalunya tak sampai 5 minit dah mengah.  Hmmmmmm itu tandanya dah TUA hahahahha...tapi nak jugak keluarkan peloh, berjalan2 pun sudah memadai.  

Ok, minggu depan harus difikirkan kemana pula nak berjalan2 nih  samada Taman Tasik Perdana atau Taman Tasik Titiwangsa. 

4 comments:

*SiRibenMerah said...

gaya hidup sihat.. hehehe..

PinKy MoMMa said...

saya choose tasik perdana..view pun cantikkk! ;)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

cukup ke dua biji telur setengah masak tu??? hik3... rajin ya ke taman, kalau cik abang kita lagi suka baring-baringan sambil layan cete P Ramlee yg dah hafal skripnya semua tu haaaaa.. hihi

zuwaidah said...

siriben merah - yezzaaaaaaa biar peloh sikit.

pinky momma - tasik perdana akan menyusul kemudian, tapi gi belah pagi ler...petang selalu hujan laaaa

sari - cukup tu 2 biji telor. kalau saya tak ikut sekali ke taman, memang dia akan bermalas2an depan tv, sambil mengunyah dan mengunyah. edisi membulatkan perut hahahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...