Nuffnang Ads

Thursday, October 13, 2011

Ada Yang Tak Kena

Seawal jam 5 pagi, handset dah berdendang2 berirama Doa Taubat supaya tuan empunya handset bangun dengan segera.   Terasa baru saja letak kepala dan tertidur lena, tiba2 sudah berbunyi handset menandakan waktu untuk segera bangun dari tidur.  Alhamdulillah, masih lagi bernafas untuk meneruskan kehidupan pada hari ini.

Saya suka bangun pagi sejak akhir2 ini, kalau tidak jam 6 pagi baru bangun.  Kalau boleh nak bangun jam 4 pagi (itu pun kalau bangun untuk bersahur puasa sunat).  Mudah2an, tabiat bangun pagi jam 4, 5 pagi akan berterusan.  Terasa segar benar bangun seawal pagi begini.  Udara dingin menerpa masuk ke ruang bilik tidur.   

Kebiasaan bangun pagi, mengemas dapur dan ruang tamu, sambil2 tu basuh kain baju berselang sehari.   Dah lega sikit, bancohkan air kopi panas untuk en suami.  Segera kejutkan en suami supaya sama2 bangun pagi, boleh lah bersolat subuh dengan segera.  Dan kemudian boleh lah en suami bereskan kerja2 yang dia perlu bereskan sebelum melangkah keluar ke pejabat nanti.

Pagi ini, sebaik sampai di pejabat, saya terus uruskan beberapa perkara yang perlu diselesaikan.   Tiba2 boss telephone ada perkara yang perlu saya uruskan dengan kadar segera, ada sedikit masalah pihak ketiga telah lakukan walaupun sebelum ini mereka dah biasa lakukan dengan sempurna.  Kenapa lah jadi begini, saya rasa frust sangat, dah lah saya berhari2 telephone "push" dia orang untuk buat serahan performance bond dan polisi insuran untuk projek yang sedang dijalankan.  Bila dah siap, ada juga kesalahan yang mereka lakukan.  Nak marah pun tak guna, nanti bila marah, lain pulak jadinya kan.    Saya kalau stress macam ni, mula lah sakit kepala dan perut mesti terasa lapar.  Nasib baik ada kuih pagi tadi yang saya beli di kedai Kak Esah.  Sambil buat kerja, sambil makan....minum kopi panas semug.  Baru lah terasa lega sangat.

Ini pun belum lunch lagi, saya dahului dengan solat Zohor dulu sebelum keluar lunch.  Mudah2an selepas ini, ALLAH mempermudahkan pergerakan saya pada hari ini.   Apa pun hari ini, terima kasih ALLAH yang menduga dan menguji saya agar saya lebih tabah dan sabar.

Nota: Baru sedikit saja dugaan yang diterima, senyum selalu.

3 comments:

Unknown said...

insyaallah

Oh Oeya said...

Amin.

Semoga dipermudahkan urusan Kak Zu, Amin.

azieazah said...

Kerja dari rumah ya?

Bagus, boleh urus jadual dengan selesa tanpa dikawal oleh orang.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...