Nuffnang Ads

Wednesday, September 21, 2011

Apa Pun Tak Boleh!

Assalamualaikum kawan2 semua.   Terasa lama benar tak menjengah blog sendiri.  Nak kata sibuk sangat di ofis tu, tidak ler jugak, tapi saya banyak google sana sini mencari maklumat dekorasi, hotels di langkawi dan pelbagai lagi.

Hmmmmm...bercakap pasal dekorasi, saya terfikir jugak nak ubah kedudukan perabot (yang tak seberapa pun).  Terasa bosannya bila balik saja ke rumah, alahai balik2 tengok kedudukan yang sama saja.   Walaupun saya tinggal di rumah sewa (rumah sendiri disewakan memandangkan jarak jauh dari tempat kerja sekarang) saya ingin memastikan suasana persekitaran seperti di rumah sendiri.  Siapa kata kalau kita sewa rumah, tak perlu cantik2!  Setengah orang kalau menyewa, buat lebih kurang saja maksudnya rumah tidak dijaga dengan sempurna sebab dalam pemikiran "alaaaaa lantaklah bukan rumah aku pun".  Tidak bagi saya.  Saya akan pastikan rumah dijaga rapi, bersih.  Segala bil (air, letrik, maintenance dsb) akan dilangsai dengan sempurna.  Macam penyewa yang sewa rumah saya sekarang ni, dah tiga bulan api dan air tidak dibayar. Jumlah keseluruhan bagi kedua2 bil dah mencecah hampir RM700.00.  Pening kepala saya, bila sms, diam tak berjawab.   Dulu2 masa saya selalu ingatkan duit sewa rumah, dengan angkuhnya menjawab dengan kasar.  Terkedu saya seketika, tapi bila dah kantoi macam ni, terus diam tak berjawab sms saya.  Ada juga orang yang macam ni.   Penyewa ni pulak entah berapa keluarga yang menetap dalam rumah tu, agaknya dua tiga keluarga lah kot.   Sabarlah jiwa!!!

Semalam, saya asyik mengoogle hotel2 di langkawi.  Encik suami dan sahabat akan berkunjung pameran LIMA bulan disember ni.  Banyak jugak lah hotel2 yang dah fully booked.  Mudah2an encik suami akan dapat buat tempahan bilik nanti.   En suami ada juga syorkan saya ikut serta, tapi memandangkan perlu berada di bumi Mahsuri selama 3 atau 4 hari, saya menolak walau hati meronta2 nak ikut sama.   Cuti tahunan pun dah tak banyak, saya perlu "simpan"baki cuti untuk keperluan yang lebih penting lagi.

Ok, back to work.  Selamat berblogging.   Tajuk di atas tidak ada kena mengena dengan cerita hehhehehehe.A

4 comments:

Oh Oeya said...

As salam. Sihat hendaknya Kak Zu. Ingatkan nak ber'honeymoon' lagi heheh.. Kisah penyewa ni memang macam2 adaaa.. Oeya selalu juga dengar rungutan kawan2 ermmm..

PinKy MoMMa said...

rumah sewa pun rumah kita juga kan :)
balik keje mesti nak kan ketenangan..

dulu ada pengalaman penyewa yg suka lambat2 kan duit sewa..sgt geram!
bila dicall tak angkat..disms jgn harap nak balas..pastu bila dia angkat..mula alasan kena tankap polis la itu la ini la..aduiii pening nak handle..tapi skrg syukur sbb penyewa baru sangat baik dan seorang blogger juga hehehe..

TiTi said...

wah cepat gak kan fully booked hotel kat langkawi, sayang rumah akak disewakan kepada orang mcmtu, takut nanti rumah rosak pastu nak bayar bil tertunggak lagi..

zuwaidah said...

oh oeya - honeymoon cuti berblog heheheeh kes angin MALAS.

Pinkymomma - en suami kata nak visit penyewa next week, tengok keadaan rumah tu mcm mana then suruh bayar outstanding bills tu. lepas tu suruh keluar je

Tholeha - memang fully booked time tu kan LIMA exhibition.
lain kali ambil cikgu atau student je la sewa rumah, kat area tu pun ada kolej mara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...