Nuffnang Ads

Thursday, September 22, 2011

Wow!!!

Assalamualaikum semua!  Awal pagi dah sampai di ofis, sejuk pagi ni, cuaca pun mendung.  Agaknya nak hujan, syukur nikmat ALLAH berikan.

Setiap pagi mesti check email ofis dulu, mana2 email yang penting akan diforward terus kepada boss, boleh saja dia check di Blackberrynya nanti.  Canggih kan zaman sekarang.  Boss jarang masuk pun, kerja ofis tetap berjalan.  Arahan boleh terus saja diberikan melalui telepon dan apa2 jenis surat yang perlu dikeluarkan, didraf dulu kemudian email padanya, double check then dia akan confirm samada untuk dibuat pembetulan atau terus saja dihantar kepada client.  Mudah kan gitu!

Oh ya, bukan nak bercerita pasal kerja ofis nih, tapi ketika check email, mata saya terpandang tajuk berita perkahwinan pasangan sensasi ini.  Semua orang tahu kan, Memey Suhaiza dan Norman Hakim akan melangsungkan perkahwinan mereka tidak lama lagi.

Antara yang menariknya berita di Yahoo hari ini, okay, saya copy paste saja lah.


20 Sep - Selepas menggemparkan ramai dengan pengumuman persiapan majlis perkahwinan yang dikhabarkan mencecah RM12 juta, pasangan kontroversi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang bakal diijabkabulkan 24 September ini mencipta satu lagi sejarah dalam dunia perkahwinan selebriti tempatan.
Baru-baru ini digemparkan di beberapa laman sesawang hiburan bahawa busana pengantin rekaan pereka tersohor dunia, Vera Wang yang bakal dipakai oleh Memey semasa majlis resepsi bertemakan New York di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur akan dipamerkan di Muzium Negara sejurus selepas majlis tersebut tamat.
Bukan sahaja gaun ciptaan Vera, malah sut persalinan Norman serta kasut pengantin bertatahkan mutiara tajaan Rafflesia turut akan dipamerkan yang disifatkan wajar sebagai tatapan generasi akan datang.
Tentu sahaja perkhabaran ini mengundang keterujaan pasangan bakal mempelai ini kerana ia pertama kali berlaku di Malaysia. Namun tidak kurang juga yang mengecam bukan terhadap gaun tersebut, sebaliknya mempersoalkan keistimewaan si pemakai yang tiba-tiba dijulang tinggi waima pencapaian karier seninya tidaklah segah mana juga belum pernah mengharumkan nama negara seperti mana penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza yang wajar mendapat penghormatan sedemikian. Jika dinilai dan ditimbang tara dari segi populariti dan pencapaian, gaun perkahwinan milik Siti lebih wajar dipamerkan untuk tatapan ramai.


Saya cuma berdoa pasangan ini kekal bahagia, dan semoga kehidupan ABBY ABADI dirahmati ALLAH serta dipermudahkan segala urusan dengan izin ALLAH.

2 comments:

Unknown said...

semoga kekal hendaknya.

zuwaidah said...

ya, kita manusia biasa yg merancang. moga mereka berbahagia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...