Nuffnang Ads

Thursday, September 15, 2011

1 Malaysia / Hari Kemerdekaan / Rumah Terbuka / Majlis Kenduri Kawin

Khamis, 15 September 2011

Alhamdulillah, hari ini dah rasa sihat semula.  Walaupun suara serak2 sedikit, badan dah terasa segar.  Semalam dah mula bekerja, tapi terasa belum cukup pulih sepenuhnya.   Kepala terasa pusing sebab minum ubat batuk sewaktu bersahur.  Oh ya, semalam saya dah mula puasa enam.  Rasanya tak terlambat lagi kot nak menunaikan puasa enam ni, almaklum minggu lepas sedang syok berpuasa enam, datang seru bulanan.  Dan minggu ni, bila nak mula berpuasa, demam pulak.  Jadi saya tunda pada hari semalam.   Alhamdulillah, sempurna satu hari berpuasa semalam.  Hari ini hari kedua, mudah2an dapat menunaikan sampai hari ke enam nanti, insyaallah.

Pagi tadi, sibuk ke bank untuk urusan pembankan.  Alhamdulillah, selesai tanpa banyak karenah atau halangan.  Kemudian teman en suami pula ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju untuk mengambil ubat.  Iyelah, mana lagi nak ambil ubat kalau bekas tentera sepertinya, senang berurusan di situ saja.  Lagi pun dekat saja dengan ofis saya.  Awal2 lagi saya dah maklumkan kepada bos saya, takut nanti dicarinya secretary tua nya ini hehehehehe.

Esok cuti umum, 1 MALAYSIA (16 September).  Pastinya ramai yang akan ke Dataran merderka untuk sama2 menyaksikan serta menhayati 1 Malaysia dan juga Hari kemerdekaan yang akan disambut di situ nanti.  Dan pastinya rumah terbuka hari raya pasti diadakan di hujung minggu.  Saya pun sudah nak menyusun agenda nak berkunjung ke rumah terbuka kawan2 dan juga majlis kenduri kawin.

Semoga semuanya bergembira di hujung minggu ini nanti.

2 comments:

PinKy MoMMa said...

esok tak de nak buat aper pun huhu..duk umah golek golek mcm biasa je ;p

nak gi dataran jauhhhh~

zuwaidah said...

pinky momma - weekend tu penuh dgn acara open house, makanya...kes gantung periuk la weekend tu hehehehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...