Nuffnang Ads

Thursday, August 18, 2011

Perlu Diselesaikan

Sahur pagi tadi cuma semug teh o panas dan jangan terkejut makan kuih samperit pagi2 buta tadi.   Dah habih kuih samperit yang sepatutnya dibawa pulang ke kampung untuk raya.   Tak apa, kerana leka rangup dan sedapnya kuih samperit itu, maka perlu beli sekali lagi.  Nak buat sendiri? Hmmmmmmmmm....bila tahun la boleh buat sendiri ni, dek angin MALAS yang sentiasa bersarang dalam tubuh badan ni.  Kalau main masak2 lauk pauk, ok saja, sebab yang itu makan setiap hari.  Kalau kuih muih nih, selalu en tong sampah yang kenyang.

Pagi ni di pejabat, saya nak langsaikan semua kerja2 yang tertunggak.  Nak menaip BQ, Claim Project dan lain2 urusan berkaitan hari raya untuk boss.  Yang ini perlu diselesaikan dengan kadar segera, supaya bila cuti raya nanti, tidak perlu saya memikirkan lagi.

Hmmmmmmmmmm..ok concentrate nak buat kerja yaaa...masuk di sini nak mengupdatekan blog yang serba ringkas ini.

Bila lapang, saya akan berblog walking rumah teman2 saya pula.

6 comments:

azam said...

kerja dulu...blogwalking kemudian

*SiRibenMerah said...

thn lepas first time saya buat semperit sendiri.. thn neh, da lupa dah.. nk order pon lupa jugak.. haishhh~ akak sebut br saya teringat nk g cari kuih semperit la... :p

PinKy MoMMa said...

kite pun tunjuk tunjuk je huhu..lebih senang kan :)

Oh Oeya said...

Kerja! Kerja! Nak dekat raya ni Zuwaidah.. Takut nanti bos potong bonus hik3

zuwaidah said...

azam - yezzaaaaaaaaaa betul, priority come first.

siribenmerah - yg itu memang biskut kegemaran...kalau jumpa, tak pandang kuih lain dah heheehhe

pinky momma - sama ler dgn kak zu nih..kak zu lagi fail nak buat biskut, kek raya

oh oeya - yaaaa wajib selesaikan sebelum balik cuti..udah ler ambik lebih cuti, nanti ofis dah buka, asyik call je tak best kan

Gen2Merah said...

wh, kalau saya tak tahan kalau tak makan berat time sahur.. sebb saya ni aktif kalau ngajar d sekolah..

anyway, semoga dapat selesaikan semua kerja ya.... selamat menanti hari Lebaran

Followed ke 189.,.. thanx

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...