Nuffnang Ads

Thursday, July 21, 2011

Pendapat Korang Bagaimana??

Situasi 1

Seorang lelaki berusia lingkungan 22 tahun masih lagi menganggur dan tidak mempunyai hala tuju masa depan.  Bekerja dalam masa seminggu, berhenti.  Katanya tidak tahan.  Bukan kerja berat pun, cuma menjadi cashier di kedai serbanika 24jam.   Kemudian sambung belajar di sebuah kolej tempatan (kerajaan), cuma bertahan satu bulan sahaja.  Mungkin tidak ada minat lagi untuk belajar.  Setelah 2 tahun petik anggur tak berapa segar, mendaftar belajar semula di Kolej Swasta, kali ini yuran semestinya fuhhhhhhhhh...boleh beli kereta nasional sebuah.  Itupun kerana mengikut kata emaknya yang sememang suka menunjuk2 mereka berkemampuan berbuat demikian, walaupun pada hakikatnya tahu anaknya sendiri tidak berminat langsung untuk berbuat apa2 untuk memajukan diri sendiri.  Itupun separuh jalan sahaja, sehari sebelum pendaftaran, semua dokumen yang diperlukan bagi pendaftaran seperti sijil persekolahan dulu (SPM & PMR) serta sijil kelahiran hilang dalam simpanan.   Boleh gitu?!!!  Atau memang tidak perihatin tentang pentingnya sijil2 ini untuk kegunaan masa depan.  

Sekarang cuma lepak di rumah, mengikut kata hati sendiri.  Nak melancong, boleh minta duit dari mak.  Makan minum, pakaian, handphone, motorsikal termasuk renew lesen semuanya ditanggung beres.  
Sampai bila hidup lelaki ini diTANGGUNG BERES oleh keluarga sendiri?


Situasi 2

Seorang lelaki berkahwin dua.  Pada permulaannya, semuanya berjalan lancar, berjanji pada kedua isteri2nya bahawa akan berlaku adil seadil2nya.  Hidup bahagia dikelilingi oleh dua orang isteri walaupun isteri pertama terpaksa merelakan si suami menikah lagi satu (masuk syurga tu beb).  Ahli keluarga semakin bertambah dan dengan ini juga, perbelanjaan pun juga semakin meningkat tinggi.

Setelah cukup umur persaraan, si suami terpaksa meletak jawatan dan duduk berehat saja di rumah.   Memandangkan si suami tidak mempunyai pencen (bekerja dengan syarikat swasta), maka perbelanjaan pun semakin meruncing.  Untungnya kedua2 isteri masih lagi bekerja, isteri pertama merupakan seorang ahli korporat yang berjaya dengan gaji berpuloh2 ribu ringgit sebulan.  Isteri kedua cuma seorang kerani biasa di syarikat kewangan ternama.  Namun nasib isteri kedua tidak seindah seperti isteri pertama.

Isteri pertama dengan 4 orang anaknya hidup dalam kemewahan atas hasil usahanya selama ini.  Ini memandangkan setelah si suami menikah satu lagi, isteri pertama nekad tidak akan bergantung sepenuhnya pada si suami.  Hatinya terluka dek perbuatan suaminya yang menduakan kasihsayangnya selama ini.
Masa si suami lebih banyak terluang pada isteri kedua.  Isteri pertama sudah tidak kisah langsung atau punya perasaan samada nak cemburu ke atau tidak, asalkan jangan diketemukan dia dengan madunya ini.

Berbalik pada si suami, setelah bersara, isteri kedua mula menunjukkan tanda tidak puashati.  Ini kerana si suami tidak dapat lagi memberikan wang perbelanjaan yang sepatutnya setiap bulan pada isteri kedua.  Isteri kedua mula tidak memberikan layanan yang sepatutnya dari segi zahir dan batin.  Dibiarkan si suami tidur di luar, manakala si isteri tidur seorang di dalam bilik tidur.  Si suami mula terasa jauh hati, lalu pergi ke rumah isteri pertama.  Pun begitu, layanan serupa juga yang didapati di rumah isteri pertama.  Isteri pertama buat acuh tak acuh, makan minum semua dilayan oleh bibik tua yang setia menunggu di rumah. Anak-anak juga tidak mesra seperti dahulu.   Sekiranya ada percutian atau melancong ke mana2, isteri pertama akan membawa anak-anak sekali tanpa si suami di sisi.  
Kesihatan suami juga semakin hari semakin merosot.  Sedih dan sayu melihat keadaan lelaki ini.

Sampai bilakah lelaki ini akan menanggung derita zahir dan batin?

Nota:
Sebenarnya cerita ini adalah rekaan semata2 dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

Tapi sekiranya memang kebetulan ada kisah yang seperti ini, apa pendapat kawan2 sekelian?!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...