Nuffnang Ads

Tuesday, July 19, 2011

My Free Time Today

Salam tengahari.   Hari ni boss tak masuk keje, saya mengambil peluang mengemaskini kerja-kerja yang tertangguh semalam.   Bukan kerana asyik berblogging / BW saja, tapi kerja yang sepatutnya selesai tertangguh kerana orang yang perlu saya hubungi tidak dapat dihubungi terus atau senang cerita MIA (tiada di tempat kerja).  Maka pagi tadi, secepat mungkin membuat panggilan yang sepatutnya dan alhamdulillah, beres.  Suka benar dikhabarkan kepada boss hari ni, payment dah masuk.  Lega hati boss walaupun tak sihat, at least dapat perkhabaran yang melegakan jiwa raganya hehehehhehe (saya tak bodek bos almaklum cousin sendiri pun!!)

Tepat jam 12 tengahari, keluar awal sikit nak lunch together with my old friend masa di Parkroyal KL dulu.  Seronoknya dating dengan Kak Jumaliah nih.  Kami terus ke Papa John's di AEON Jusco Seksyen 1.
Sambil berborak2 cerita kisah lama, kami berdua order Chicken Super Papa's set meal dengan harga cuma RM28.90 sahaja untuk 2 orang.   Dari restoran tu tak busy (waktu tu belum lagi pekerja pejabat keluar) sampai pukul 2 petang, kami masih makan dan borak lagi.  Hmmmmm macam tak orang keliling saja.


Di Papa John's ada promotion set lunch, harga memang reasonable


Rasanya kalau makan macam ni pun, dah kenyang kan.  Promotion dari hari Isnin hingga Jumaat, jam 12.00pm hingga 3.00pm sahaja.  Weekends boleh cuba set menu yang saya dah cuba tadi.  Tak larat nak habih pun, tapi dek kerana bersembang sambil mengunyah...tup tup dah habih...tambah lagi tu 2 scoops of ice icream, dasyat perut hari ni.

Ok, nanti sambung lagi.

4 comments:

azam said...

sedapnyer...lapar terus jadinya...hehehe

zuwaidah said...

azam...makan nih kenyang sampai ke malam...tak payah dinner dah

Mrs.Yie said...

kat ganu susah nak dapat makan2 free macam ni kak..huhu

SWEETSYAZA said...

tak pernah try,tp nanti nak cubalah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...