Nuffnang Ads

Monday, July 25, 2011

Hari Minggu Yang Lalu

Wah, sekejap je dah hari Isnin.  Hari bagi kebanyakan orang kata Monday Blues.  Apa2 je lah kan.  Ya, hari minggu lalu, Sabtu, setelah selesai semua pekerjaan di rumah (basuh baju, kemas rumah, lipat baju, main masak2 hehehehehe) saya, en suami dan syiqin terus ke Wangsa Walk nak menonton wayang.   

Haaaaaaaa..orang lain rasanya dah tengok, tapi saya ketinggalan zaman sikit.  Hehehehehe tak apa lah, saja seronok2 nak bawa syiqin ni gi tengok wayang.  


Masa wayang dah start nih (kita orang masuk betul2 masa wayang bermula, paling awal sekali show pagi tu), elok dalam 5 minit tengah syok tengok, syiqin lak buat hal.   Nak beli twisties lah, padahal saya dah bawa bekal makanan untuk dia.  Ok, fine! Malas nak cakap banyak, en suami bawa dia keluar gi beli dulu.

Dalam setengah jam pulak, dia nak gi washroom lak, nak basuh tangan konon.   Saya pula terpaksa mengalah bawa gi toilet, kalau tidak, sure mulut syiqin pot pet pot pet dalam panggung tu.  Bagi mengelak "perang mulut", cepat2 bawa dia gi toilet.  Hai!!!! macam2 la budak ni, tak duduk diam langsung.  Kalau tidak, elok je dia tengok wayang.  Kali ni je dia buat perangai.

Ahad, iaitu semalam, kita orang jalan2 ke Jalan Tunku Abdul Rahman.  Saja nak cuci mata, sambil2 nak shopping baju raya untuk syiqin.  Ok, dapatlah baju kurong sepasang, dan baju2 yang lain.  Yang peningnya, syiqin lak nak pilih sendiri baju yang nak dibeli.  Kalau pilih yang cantik ok la jugak, tapi yang tak berkenan tu dia suka sangat yang dress ada ropol2....hishhhhhhhhh rasa menyemak mata lak tengok.  Itu pun bila saya kata tak cantik, tak payah beli, dia dah buat perangai.   Air mata tu cepat je bergenang, memang style dia kalau protest.   Dahhhhh...ayah dia tak sampai hati lak...suruh ambik gak baju yang syiqin berkenan tu.

Dah habih shopping, terus balik sebab petang semalam pun cuaca macam nak hujan, mendung semacam.  Daripada sangkut di area tu, cepat2 kami sekeluarga balik.
Alhamdulillah, selamat sampai.  Syiqin pun dah letih benar, jauh gak dia berjalan, kasihan la pulak kan.  Dalam kereta, tertidur pulak.  

Tu jeeee nak kaborkan.  Mak ayah syiqin tak apa, kalau tak siap baju yang ditempah, pakai je baju kurong yang ada.  Apa susahnya, hari raya pertama pun asyik di dapur je.  Tak payah nak melaram sakan!!!

4 comments:

Sunah Sakura said...

hehe..da shopping raya ye~~

Cik Jari Tembam said...

hehe comey je anak kak zu, habis dia buli semua :D

fRaMe+LenSeS said...

adik y majuk. hehe. Nadh igt lagi kalau kekadang dak2 tu majuk ng Nadh, Nadh wat tatau je. tapi dalam ati shian. tambah bab ngs ni. hehehe sebab tu budak2 tak takut Nadh.

hamzah ian said...

aku tertido time tgk.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...