Nuffnang Ads

Wednesday, June 29, 2011

Seram

Petang baru boleh masuk untuk update entry.   Orang lain dah update entah yang ke berapa kali, tapi aku baru terhegeh2 nak menaip.  Tak apalah, lagi pun aku perlu selesai dulu paper2 penting yang perlu bos tandatangani.  Kalau tidak hangin satu badan lak bos nanti huhuhuhu.

Rasa lega sikit walaupun ada progress project claim perlu ditaipkan.  Sambil2 menaip sambil blogwalking, mengupdate, dalam pada tu, layan cerita seram di blog bloggers yang lain.

Hmmmmmmmmmmm bercakap pasal cerita seram ni, aku pun pernah alami di ofis ni.
Teringat tahun 2006 atau 2007 la kot, pagi tu sampai saja di ofis setelah bersarapan pagi di warong belakang ofis, aku terus "check in" dulu sementara pukul 9 pagi.  Di hujung ofis ni, ternampak "ofismate" sedang leka menatap computer.  Aku pun apa lagi bagi salam kat dia.  Dia buat tak tahu jeeeeee....aku pun diam je lah, mana tahu kot2 mamat ni tengah mood pagi hari tu.

Aku pun terus je buat kerja tanpa menoleh pada "mamat" tu.   Lebih kurang jam 9 lebih tu, yang aku sangka "mamat" ni tadi muncul depan ofis.   Aku kata "gi mana?" Dia kata "baru sampai la kak zu, trafik jam".  Aik??????!!!!! sapa pulak yang aku tegur tadi.  Aku tak puas hati, " eh bukan ke kamu tadi dah masuk".   Mamat kata "hishhhhh kak zu ni, kan saya baru sampai"
"Eh kak zu tegor kamu tadi masa kak zu sampai pagi tadi, kamu diam jeeeeee...ingatkan mood period ke hari ni.   Haaaaa...betul laaa.  Kak zu nampak kamu tadi dok menaip serious kat meja kamu tu"
"Hishhhhhhh kak zu ni, lain macam jeeee....tempat saya lak tuuuuu"
Sampai ke hari ini, aku pun masih tak tahu sapa yang duduk di meja QS tu.
Musykil, musykil!!!!

 Satu lagi pengalaman, bila menginap di resort di kuala  terengganu.
Waktu maghrib, time nak sembahyang, ditendangnya pintu bilik kuat2.  Bila diintai melalui lubang kat pintu tu, tak ada sapa2 pun.  Dan memang tak ada sapa2 pun stay kat block kami tu.  Apa lagi, siap aku call reception tanya ada bilik kosong tak berdekatan dengan reception area.  Nasib baik ada, lega sangat.  Terus bellboy datang angkat barang, pindah malam tu jugak.  Udah ler bilik yang kita orang stay tu dihujung sekali....gelap lak tu area tu..memandangkan low occupancy, pihak resort tidak akan buka lightings di semua kawasan.
Seram lerrrrrr...malam tu tidur pun antara lelap tak lelap jeeee.

Kawan2 ada pengalaman seram tak?

9 comments:

risa said...

rindu kamu sis!!!!!!!!!!!!
serem neh..ngape ku baca entri ni bulu2 semua tegak neh..ayarkkkk!!

Cik Jari Tembam said...

saya memang penakut, kalau tinggal sorang saya kan bukak semua lampu dan pasang tv sampai pagi :D

Andrik McVean said...

hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

*SiRibenMerah said...

huhuhu... takotnyeeeee~

Mrs.Yie said...

saya sekarang sedang mengalami kejadian2 pelik kat rumah sendiri..saya pernah buat entri macam ni kat blog..

fRaMe+LenSeS said...

hhihihi. seram plak Nadh baca.. huu

Lulu Caldina said...

seramnyaa....

Ummi Hanie said...

alhmdllh sy xpenah lg alami kisah seram..ker...dah lupe?? hehehhe..sy ni plupa sikittt... :p

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

kalau bilik resort yg lama x diduduki org mgkin dh jadik tpt nginap benda halus..kena azan dulu kalau masuk..

yg kwn opis tu..hantu raya dia x...ngeeee..seremmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...