Nuffnang Ads

Tuesday, June 28, 2011

Dalam Gembira, Ada Duka

Dah masuk 4 hari tak update blog.
Hari ni alhamdulillah, kerja2 dapat dibereskan mengikut priority sedikit-sedikit sudah kulangsaikan.

Tajuk di atas pun bagai teka teki.
Yaaaa....berita gembira yang diperolehi, semestinya secretary dulu yang mendapat tahu khabar gumbira ini.
Nak tahu???? Rezeki alhamdulillah.  Kenaikan gaji dan elaun akan berkuatkuasa pada 1hb Julai.  Ehem, ehem, boss @ sepupu aku ni macam tahu2 je birthday aku tu.   Syukur, syukur, syukur.  Tak terduga dapat kenaikan gaji dan elaun.  Memang sapa2 yang kerja kat sini, bertuah lorrrrrrrrr!!!  Jap2 dapat gaji baru, jap2 dapat bonus lah, jap2 dapat bonus hari raya lah.   Sapa yang tak nak kan.  Tapi tu la, setengah pekerja masih tak rasa bahawasanya amat beruntung dapat kerja di syarikat ini dan semestinya boss yang baik hati (hehehehehe kena puji sepupu sendiri kannnnnn!!!).


Namun demikian, dalam bergumbira ini, daku mendapat perkhabaran daripada seorang sahabat lama UiTM.
Ya, kawan satu course di suatu masa dahulu baru saja kehilangan suami tercinta akibat kanser usus.
Suboh tadi, handphone berbunyi menunjukkan SMS.  Tertanya2 gerangan siapa yang mengirim SMS awal suboh ni.  Dalam hati berdebar juga.   Pabila membaca SMS yang dikirim oleh sahabat, perasaan sedih dan sayu di hati.  Perasaan simpati terus menular ke lubok hati.
Terus mengambil air sembahyang, solat suboh serta sedekahkan Al Fatihah dan surah Yassin kepada arwah, semoga dicucuri rahmat ke atas roh serta ditempatkan berserta orang-orang yang beriman.
Semoga, sahabatku ini, ROZIANI ISMAIL serta anak-anak tabah menghadapi dugaan ini.  Kerana dia memang seorang yang kuat dan sabar menghadapi kehidupan ini bersama anak-anak.

Amin.......

4 comments:

*SiRibenMerah said...

shahdu! alfatihah buat arwah..


hidup ini unpredictable...
:(

TiTi said...

al fatihah..takziah kepada keluarga arwah ..

wah best lar kak zu gaji naik! dpt bonus lg hehe ktrog keje kerajaan dah lama takde bonus :)

Isteri Encek Bard said...

takziah buat kawan akak. Alfatihah.. Alhamdulillah rezeki akak dan keluarga

Sunah Sakura said...

innalillahi wa inna ilaihi rajiuun... moga mereka tabah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...