Nuffnang Ads

Tuesday, June 7, 2011

Cuti-Cuti Shanghai: Part 1

Salam semua buat teman2 bloggers di mana jua berada.
Pagi ni, mengambil kesempatan yang sediada untuk meng"update" sesi percutian di Shanghai.

29 May 2011, tepat jam 10 malam aku, en suami dan syiqin bertolak ke KLIA.  Walaupun penerbangan dijadualkan pada jam 1.40pagi (30 May 2011), travel manager, Faizal Iskandar Wong Abdullah menasihati agar semua yang ikut serta perlu berkumpul di Departure Hall pada tepat jam 11.00malam untuk check in luggage dan nama kesemuanya sekali.

Kami tiba sebelum jam 11.00 malam dan merupakan yang terawal sekali.  Alhamdulillah, bimbang yang lain menunggu, biar saja kami menunggu yang lain.
Selesai semua urusan check in luggage dan tiket penerbangan sudahpun diagihkan pada setiap orang, (kesemuanya 20 orang termasuk Faizal), kami semua terus ke Imigresen untuk pemeriksaan selanjutnya.
Setelah selesai, terus naik KLIA Aero Train menuju ke Satelite Building. Mudah dan pantas.

Tepat jam 1.40pagi, kami semua bertolak ke Shanghai melalui penerbangan MAS.
Bimbang juga tengok syiqin yang pertama kali menaiki kapal terbang, tapi dia cool saja.  Tak ada rasa gayat ke apa ke..hehehehehe.  Selepas snack dihidangkan, matapun mengantok.  Untong kali ini, syiqin cepat mahu tidor, kalau tidak jam 1.00 pagi pun belum mahu tidor kalau di rumah.
Baru terasa lelap, kira2 jam 4.30pagi cuaca sudah terang benderang.  Oh..destinasi semakin hampir.
Di Shanghai, matahari terbit jam 4.30 pagi...bermakna suboh pada jam 3.15 pagi.  Terlalu awal bagi kita di Malaysia.   Jam 7.00pagi, kami selamat mendarat di Shanghai Pudong Airport.

Letih dan mengantuk...tak apa...tolak dengan trolley..habih citer

Setelah selesai urusan imigresen dan pengambilan bagasi, terus dibawa menaiki coach yang telah disediakan oleh travel agent di China.  Pagi itu kami disambut dengan cerianya oleh travel agent yang bernama Susan di samping Faizal, travel agent Malaysia yang menyertai rombongan ini.
Kami terus dibawa ke Pudong New Area di mana di sana akan kami lawati Shanghai World Financial Centre Oberservatory (bangunan tertinggi di dunia) dengan ketinggian 474m (100 tingkat).
Kami cuma dibawa ke paras 423m (tingkat 94) untuk menikmati panorama indah serta bangunan pencakar langit.  Sangat-sangat kagum dengan pembangunan yang pesat di Shanghai.

Ini camera murah aku...kalau mengikut gambaran sebenar Shanghai World Financial Centre ni adalah seperti:

Haaaaaaaaaaaa....kan cantik gitu...full building lagi
Pemandangan yang indah, lihat saja bangunan pencakar langit.  Di belakang adalah Sungai HuangPu

Syiqn sempat grab Panda...sukanya dia..kemana pergi mesti dibawa bersama Panda ni
Bersama Susan, travel agent Shanghai
Tidak melepaskan peluang bergambar dengan Faizal dan Susan
Badan mula terasa letih sebab tak mandi2 hahahahahaaha bucukkkkkk!!!! Tapi mulut wangi sebab dah gosok gigi dah atas flight hahahahhaa.  Tapi posing tetap posing yaaaa

Cantik sangat

Turun saja, sementara menunggu coach, posing lagi, syiqin sudah mula buat perangai
Muka masam tak mo senyum..kasihan syiqin pun penat jugak kan

Hahahahaha asyik muka aku jee nih

hahahahahaha en suami dengan gagah perwira melangkah menuju ke coach.  di belakang adalah ahli rombongan. tinggal jauh tuuuuuuuuuuuuu
Photo yang paling aku suka...dengan background yg sangat cantik di Bund, Shanghai
Bund adalah tempat bersiar-siar yang panjangnya 646.7meter dan merupakan yang pertama cross river artificial sightseeing tunnel di China.


Dah penat berjalan2, sebelum lunch, sembahyang dulu di Masjed Xiao Tao Yuan..alhamdulillah
Ok makan sudah...jom shopping di Nanjing Street.
Macam biasa saja, tak banyak shopping pun....boleh bargain, macam di Petaling Street, masa ni dah penat giler dengan tak mandi...I need fresh bath!!!

Ok, jam 4.30petang, kami semua dah kepenatan giler dan terus ke hotel untuk urusan check in.
Hotel The Silk Road, yang menempatkan pelanggan muslim majoritinya.
Ohhhhhhhh sangat2 letih.  Syiqin dah beberapa kali tertidur disebabkan keletihan.

Acara malam cuma makan malam saja.  

Aranti Restaurant.  Bersebelahan di hotel saja...senang jalan kaki

Kenapa senyum??? sebab makan time...muka pun dah segar.  Makan lerrrrr
Roti!!! Tawar tapi nak buat mcm mana...makan juga..nasib ada kuah kari.  Ni dijual di luar restoran
Salah seorang pekerja...nampak macam Arab sikit tapi sebenarnya orang China berbangsa Han.  Perempuan dia cantik2 belaka..lupa lak nak ambik gambar...cowoknya juga handsemmmmm

Wahhhhhhhhhh...panjang entry hari ni..perjalanan pada hari pertama.  Nanti akan diwar2kan pula perjalanan seterusnya.

4 comments:

Cik Jari Tembam said...

wow bestnye! makanan kat sana tak sedap ke kak? senang tak cari yg halal? ^^

Jiejah @ Iza said...

sonoknya jalan² shanghai ;-)

kakngah said...

wow! ke shanghai.. lagi syiok..

psttt.. nak tanya sikit boleh??
g dgn travel agent ke?

zuwaidah said...

cik jari tembam, boleh tahan la food kat sana...makanan muslim banyak...pekerja wanita bertudung dan lelaki berkopiah

jiejah, seronok la jugak jalan2 kat sana

kak ngah - syiok hehhehee...gi dgn travel agent, ambil muslim pakej. kalau bukan muslim pakej...memang bercampur la dgn geng2 sinun huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...