Nuffnang Ads

Tuesday, May 10, 2011

Lengkaplah Sudah

Novel terbaru RAMLEE AWANG MURSHID
Sutera Bidadari telah dilancarkan pada 29 April 2011 dan baru semalam aku memiliki novel tersebut.
Kenapa aku terus menjadi peminat novelis ini?
Hmmmmmm.......di mana aku patut mulakan.
Yaaaaa...masa bersantai2 di Jusco dulu, tak pasti samada tahun lepas atau sebelumnya,
agenda wajib aku mesti singgah di MPH, satu2 toko buku yang aku paling gemar sekali.
Mula2 belek novel2 English, kebiasaannya Sidney Sheldon yang menjadi pilihan utama.
Since novel penulis tersebut hampir semua ku miliki, aku terjurus pula ke novel tempatan.
Novelis tempatan yang aku suka adalah SRI DIAH...suka sangat jalan cerita novel Kak Sri Diah.  Dan penulis novel yang lain pun aku suka juga.

Bila aku terpandang novel "9 Nyawa" dan membaca synopsis cerita tersebut, tertarik pulak aku nak membelinya.  Hmmmmmmmmmm.....baru satu mukasurat jalan cerita sudah menarik perhatian aku.
Terus aku beli dan membaca sampai habis. Yaaaaa...ini yang aku cari.  Mesti ada lagi novel2 keluaran Ramlee Awang Murshid atau singkatan RAM.
Sejak novel "9 Nyawa" habih ku baca, aku terus melanggan novel2 RAM.
Hampir kesemua aku miliki dan yang paling terbaru sekali adalah SUTERA BIDADARI.
Baru beberapa helai mukasurat saja yang sempat aku baca pagi ni, itu pun curi2 baca wei hehehehhehe.

Novel2 bersiri RAM yang paling aku suka
Sesiapa yang belum pernah dan ingin memiliki buku ini, mesti baca BAGAIKAN PUTERI dahulu kerana inilah permulaan cerita kehidupan dan pengembaraan Saifudin.  Seterusnya CINTA SANG RATU...nak tahu lebih lanjut, kena ler beli buku tersebut.
Seterusnya HIJAB SANG PENCINTA DAN CINTA SUFI
Yang paling terbaru dan terakhir SUTERA BIDADARI
Jap lagi nak sambung baca novel ni, hehehehehehe sebabnya BOSS tak ada hari ni.

6 comments:

Faten Rosli said...

fatin suke gak baca novel.
tp xpenah plk bce novel yg writtr die laki. best tak?

wafiqa said...

Banyaknyer novel..macam kak biras saya jugak. Minat sangat dengan novel :)..saya lak tak brapa minat novel ni..hehhe biasanya beli buku untuk baca-baca macamtu jer :) ..

zuwaidah said...

fatin rosli - hobi kak zu memang giler membaca tak kira majalah, novel, buku ilmiah etc. di ofis ni jgn terkejut tgk bawah meja penoh dgn majalah dan novel.

wafiqa - tu baru sikit je tunjuk, di rumah ada lagi dlm kotak. di ofis dlm laci pun dah penoh.

Ija Zambry said...

k zu ni minat novel upenyer. saye dulu bercite-cite nak tulih novel kunun tapi tak reti wat ayat novel. idea mencurah2 hahah!

zuwaidah said...

ija zambry - minat dari dulu lagi. sekarang dah turun ke anak pulak. hari2 nak beli buku baru

risa said...

nak pinjam!!! oppsss anak dara yg cakap..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...