Nuffnang Ads

Friday, May 20, 2011

Amalan Ketika Mengambil Air Sembahyang

Assalamualaikum, salam diberi di pagi Jumaat yang mulia ini.
Hari ini nak post yang baik2 sahaja (insyaallah) yang dapat memberi manafaat pada semua dan juga peringatan pada diri sendiri.

Berikut adalah amalan yang boleh kita praktikkan semasa mengambil air sembahyang.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"
Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tidak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan
"Ya Allah, serikanlah mukaku di akhirat kelak, janganlah kau hitamkan muka ku ini"
Penjelasan: Ahli syurga mukanya berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini"
Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab2nya di tangan kanan.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiri ku ini"
Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab2nya di tangan kiri.

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan
"Ya Allah, lindungilah aku dari terik matahari di padang masyhar dengan Arasy Mu"
Penjelasan: Panas di Padang Masyhar seperti matahari berada sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan
"Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini"
Penjelasan: Setiap hari mendengar orang mengumpat, menfitnah dan sebagainya.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim"
Penjelasan: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan: Qada dan Qadar kita di tangan Allah.

Bersyukur dan bertaubatlah selalu, semoga kita mendapat hidayah dari pengajaran ini.

2 comments:

TiTi said...

sgt best info ini, thanks kak :)

zuwaidah said...

cik jari tembam, sharing is caring maaaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...