Nuffnang Ads

Wednesday, April 27, 2011

Mana Pilihan Korang (Bagi Perempuan Yeeeee)

Bagi mereka yang dah berkahwin dan sedang menanti kelahiran nanti,
ce cuba pendapat korang.
Nak bersalin secara normal atau secara pembedahan.

Bersalin secara normal ada kelebihannya.
Antaranya:
1) Bersalin secara normal cepat sembuh dan mudah dijaga.
2) Boleh menjalani pentang secara tradisional.
3) Kesakitan kontraksi dan proses kelahiran secara normal memberi pengalaman yang sangat berharga. Apabila melalui detik ini, barulah kita sedar betapa besarnya pengorbanan ibu kita semasa melahirkan kita dulu.

Bagi yang memilih untuk melalui proses bersalin secara pembedahan mungkin kerana mempunyai komplikasi yang sukar dielakkan seperti mempunyai penyakit darah tinggi, tarikh jangkaan bersalin yang sudah lewat dari sepatutnya dan sebagainya.

Sumber ini aku ambil dari Majalah  Mingguan Wanita terbaru yang sangat2 berguna untuk informasi wanita semua tak kira yang berkahwin atau belum berumahtangga.

Prosedure Bersalin Secara Pembedahan
1) Ibu diminta berpuasa 6 jam sebelum menjalani pembedahan.
2) Menjelang prosedur, jururawat akan membantu ibu memakai baju khas & mencukur bulu pubis.
3) Kateter getah akan dimasukkan untuk mengosongkan pundi kencing.
4) Saluran intervena juga akan dimasukkan.
5) Pakar perbidanan akan membuat insisi berukuran 10cm panjang di bhg bawah abdomen selepas dibius.
6) Bhg bawah uterus juga akan dipotong.
7) Air ketuban akan dipecahkan.
8) Seterusnya bayi akan dikeluarkan dari uterus.
9) Tali pusat akan dikepit dan dipotong bagi mengasingkan bayi daripada ibunya.
10) Seterusnya bayi akan diserahkan kepada doktor pediatrik
11) Pakar perbidanan akan mengasingkan plasenta dan mengeluarkan uterus akan dijahit pada dua lapisan.  Abdomen akan dijahit pada dua lapisan.  Jahitan pada kulit dikeluarkan selepas satu minggu.  Selepas prosedur selesai, ibu akan dipindahkan ke bilik pemulihan untuk pemantauan.

Selepas Pembedahan
a) Sebelum pulang ke rumah, ibu akan dibekalkan dengan ubat penahan sakit, antibiotik serta vitamin bagi membolehkan penyembuhan sempurna.
b) Jaga kesihatan diri dan jgn lakukan aktiviti berat.
c) Ibu mungkin akan mengalami kekejangan pada bahagian bawah abdomen, terutamanya semasa memberi susu badan, pendarahan dan juga lelehan untuk 4 - 6 minggu.  Jika berlarutan sakit, segera jumpa doktor.
d) Bagi mengelakkan infection, jgn masukan apa2 cecair, tampon atau melakukan SEKS untuk beberapa minggu (hissssssh tak kan la nak seks lagi dlm dok tengah sakit ni kan)
e) Dapatkan rehat yang secukupnya.

Apa pun pilihan korang, yang penting jaga kesihatan dan baby yang baru lahir. Para suami juga disyorkan memberi sokongan mental dan fizikal semasa isteri anda sedang menjalani tempoh berpantang.

5 comments:

NuReLLe said...

huuuu..my mom n my cousin C-session sbb size bdn & tulang pelvis kitorang jenis kecik..ermm..kte rasa kte nanti C session jugak kot...huuu~

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

ngeee...ngeri jek rase... adehhh, tp cik bunga prefer kalau normal dr operate.. alamak, tak lame lg nk kawen da. risaunyer -__-


SAPE BOLE TOLONG CIK BUNGA INGATKAN PASAL NIE, PLEASEE :(


cik bunga bengang ar publish entry tp tak kuar kat d/board.. da tukar ke auto pon die mintak kite set date & time utk publish.. tolonggggg~~~~ :(

Along Usop said...

ilmu nih.. tak sabor la pulak nak tunggu giliran.. =p

Fafau de Craft ( Zana ) said...

sktnya... :/

Fafau de Craft ( Zana ) said...

sktnya... :/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...