Hampir saja terkena palang pintu post guard ke cermin kereta aku petang tadi. Kurrrrrrrrrrrrrr semangat, nasib laaaaa tak pecah berderai....kalau tidak nak kena cari ganti cermin kereta fiat multipla tu bukan senang weiii.... Sudah di"flash" access kad di pintu masuk, pintu palang itu tertutup sebelum kami sempat masuk.
Mulalah abang MEJAR ni membebel dengan security guard tu. Ini la masalahnya kalau majority yang kita lihat, kebanyakan security guard di sini dikuasai oleh bangsa lain (Indonesia, Bangladesh, Mynmar etc). Masalah komunikasi juga berlaku kadang2 lain kita tanya, lain pulak dia orang jawab. Udah tak faham dan tak fasih bahasa MALAYSIA, susahlah jadinya. Tak kan kita pulak nak kena belajar bahasa dia orang, patutnya dia orang lah kena belajar bahasa kita. Tapi aku heran gak laaaaa....mana orang2 tempatan kita. Kerja security guard ni kerja yang halal gak. Agaknya dia orang tak berminat sebab gaji pokok yang rendah dan tidak ada caruman untuk KWSP...betul keee. Dari segi gaji tu, memang diakui tidak memberangsangkan tapi caruman KWSP tu kurang pasti lak. Aku pun biasa pegi interview di pejabat keselamatan, bila ditanya mengenai faedah untuk pekerja, dia orang sendiri mengakui tidak ada caruman KWSP yang dibayar untuk pekerja. (Tak tahu samada semua syarikat keselamatan memang tidak amalkan caruman pekerja atau setengah saja)
Ada sapa2 yang boleh beri penjelasan kenapa tiada caruman KWSP bagi syarikat keselamatan tak. Kalau benar lah tiada caruman KWSP, tidakkah ini merugikan pengawal keselamatan tempatan.
No comments:
Post a Comment