Nuffnang Ads

Monday, March 28, 2011

Homework

Sebaik saja sampai di rumah hampir jam 7.00 petang, terus letak beg pakaian syiqin, masukkan pakaian kotor ke dalam washing machine untuk dibasuh kemudian nanti.  Bergegas pula mencapai penyapu untuk menyapu habuk2 yang pastinya singgah setiap hari.  Selalunya sebelum ke tempat kerja sebelah pagi, aku akan mengemas rumah (yang mana sempat ku buat dulu).  Malas laaaaa kalau rumah asyik bersepah saja, sebaik mungkin aku akan kemas tak kira masa.  Samada selepas syiqin tidur lewat malam, pasti aku kemas barang2 mainannya dan letak di tempat biasa atau ku ajarnya simpan selepas bermain.  Mana larat weiiiii kalau hari2 macam ni. 

Pakaian yang perlu digosok akan ku gosok itu pun tengok kalau stamina masih bersisa lagi.   Kalau tidak, biarkan saja digantung tunggu masa saja untuk digosokkan.  Dulu waktu angin MALAS bertiup kencang, asyik dihantar ke kedai dobi saja, nampak sangat betapa MITHALI nya isteri seorang yang PEMALAS ini huhuhuhu.  Tapi disebabkan ketidakpuasan kualiti kedai dobi mengosok, aku mengambil alih peranan mengosok semula.   Puas hati dehhhhhhh walaupun berpeloh2 berjejeran.   Hahahahaaha macam lah kerja terok sangat kan.....baru kena gosok pakaian, itu belum lagi abang MEJAR tu suruh masak lagi.  Nasib laaaaa abang MEJAR ni tak cerewet sangat bab makan.  

Kebiasaannya jam 9.30malam baru aku nak bersihkan badan (mandi) setelah semua kerja rumah dibereskan.   Kadang2 abang MEJAR ni minta bantuan gak untuk buat "homework" dia pulak.   Adehhhhhhhhhhhh nak tolak, nanti kata tak bertimbang rasa lak.....dalam letih pun tolong buat gak.   Kasihan kat dia kan...mana ada secretary di ofis, secretary di rumah ni laaaa yang kena banyak membantu walaupun kadang2 kena marah jugak lah.   Sedih bila dalam letih2 kena marah....tapi aku selalu SANGKA BAIK.   Mungkin abang MEJAR ni tension masa dia keja kan.  Jangan menjawab time orang lelaki marah....tak pasal2 karang.............

Eh kenapa aku boleh berblogging lak...hehehhehehe semua kerja beresssssss...tapi tugas ini akan sentiasa berulang dan berulang setiap hari dan pastinya aku tidak akan jemu2 untuk melakukan.   Sesuatu kerja itu perlu dilakukan dengan penoh semangat dan aku kena SUKA apabila melakukannya.  Kalau tidak ia jadi tak ikhlas bukan??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...