Nuffnang Ads

Tuesday, March 8, 2011

Khasiat Ulam

Sebut pasal ulam, siapa yang tak suka ulam (sila angkat tangan).   Aku pun peminat ulam setia, kalau sehari tak kena ulam rasa macam tak lengkap..hehehehe mengada la tuuuuu.

Ulam mudah didapati di pasar segar

Umum sedia maklum bahawa ulam adalah antara hidangan yang biasa dimakan terutama masyarakat Melayu dalam pengambilan makan harian.  Boleh dimakan secara mentah atau dicelur menggunakan air panas.  Bagi menambahkan rasa lebih enak, biasanya dimakan dengan sambal belacan, sambal kuinin, cencaluk atau budu. 
Sambal belacan yang enak dimakan bersama ulam
 Pelbagai ulam boleh dan mudah didapati di persekitaran rumah (bagi yang rajin menanam sendiri) atau boleh juga dibeli dari pasar segar.  Ulam yang menjadi pilihan adalah timun, kubis, kacang panjang, terung, kacang bendi, pucuk paku, pucuk ubi, tomato.  Petai pula boleh didapati di kawasan perkampungan.

Petai juga merupakan raja segala ulam
 Memakan ulam dapat meningkatkan kesihatan memandangkan kandungan khasiatnya yang tinggi.  Malah ada juga nasi ulam atau nasi kerabu mengandungi pelbagai sayuran di dalamnya.  Yaaaaaaaaaa...nasi kerabu memang menjadi pilihan utama saya sekiranya sudah jemu dengan nasi lemak.
nasi kerabu mengandungi khasiat yang baik


Kebaikan ulam:
Pelbagai jenis ulam-ulam yang segar
  1. Mengandungi galian seperti mineral dan vitamin.   Justeru memakannya secara mentah adalah lebih elok kerana masih lagi mengekalkan kandungan khasiat di dalamnya.
  2. Kandungan serat yang tinggi yang membantu sistem penghadaman manusia yang boleh membantu serta memudahkan pelancaran sistem pembuangan air besar.
  3. Dari segi kesihatan, ulam adalah tergolong dalam kumpulan herba yang diakui baik disebabkan ia adalah makanan yang berasaskan tumbuhan semulajadi.  Contoh daun pegaga, membantu meningkatkan tahap kesihatan sesorang, meningkatkan kecerdasan pemikiran kanak2 serta membantu sistem peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.
  4. Bagi golong kaum MIDI, khasiat ulam amat penting dan diperlukan untuk mengelakkan masaalah kerapuhan tulang.   Daun kaduk contohnya mempunyai kandungan kalsium yang tinggi dan sangat bagus dimakan kerana boleh membantu mengurangkan risiko masalah kerapuhan tulang terutama golongan wanita.  Jering pula bagus untuk membantu mereka yang mempunyai masalah pembuangan air kecil terutama golong lelaki.
  5. Bagi pesakit kencing manis, boleh memakan jering dalam jumlah sedikit tetapi berterusan yang mana boleh membantu mengurangkan sedikit masalah kencing manis.  Ini disebabkan khasiat jering dapat meneutralkan kandungan gula dalam badan seseorang
Note: Petikan informasi dari MAJALAH MIDI dan gambar2 dari goggle.

1 comment:

siti norlaili yusof said...

banyak khasiat ulam..terima kasih sebab berkongsi info. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...