Sejak baca blog saudara http://mazidul.blogspot.com/
dalam segmen wanita bertudung didikriminasi dalam bidang perhotelan,
aku pun pun nak berkongsi cerita juga.
11 tahun aku bekerja di bidang perhotelan dulu pun memang jarang nampak wanita bertudung ditempatkan di kaunter Front Office. Kalau ada yang bertudung pun memang ditempatkan di back office.
Betullll...serius. Kebanyakan yang bertudung hanya dari rumah, sampai di locker room, tukar uniform, simpan tudung dalam locker. Habih dah itu rules hotel, sapa pun tak bangkitkan soal ini.
Masa tu aku secretary department banquet and catering.
Department yang banyak menguruskan function2 seperti seminar, dinner, wedding dinner, weekend sales such as L'oreal, FJ Benjamin etc. Masa tu uniform, blouse biru dan skirt ketat belah belakang, stokin kalau boleh colour hitam atau skin colour..... tonggek bila berjalan dengan kasut hitam tumit tinggi.
Nampak seksi uuuuu. Bukan aku yang seksi, depa yang muda2 tu la nampak lagi seksi.
Tapi tu laaaa....dah makin tua, terfikir gak tak kan laaaaaa aku selamanya nak pakai skirt pendek cam gini.
Dari secretary tukar jawatan ke sales executive untuk same department.
Pakaian still skirt pendek, blouse leh pakai blouse sendiri, jaket je hotel provided or else boleh beli sendiri.
Aku kadang2 langgar gak peraturan, pakai seluar panjang, senang aku nak melangkah bila kena standby untuk weekend function (corporate dinner or wedding dinner). Lebih selesa gak la. Aku leh bagi alasan aku jaga government sector, so kenalah sopan sikit. Kadang2 pakai baju kurong sendiri.
Kalau boss tanya, aku kata je aku ada appointment dengan government.
So dia orang tak leh kata apa2....akai kena panjang beb.
Lama2 dah rasa bosan sangat, dan juga banyak sangat ofis politic (mentang2 kaum kita Melayu boleh dibilang dengan jari, deme lak ramai kat situ, campur lagi mat salleh)
so aku decided to tender resignation dalam masa satu bulan. Agaknya nak cakap direct suruh aku resign tak patut, so cari alasan yang aku rasa tak munasabah.
TANPA ada sebarang back up kerja waktu tu....jadi la aku PENGANGGUR TERHORMAT
dalam masa 4 bulan sebelum aku diterima di tempat kerja sekarang.
Jangan tak percaya akhirnya aku sendiri pun bertudung selepas betul2 resign dari bidang perhotelan dan bila hati aku terbuka untuk memakai tudung. Kerana aku tak suka buka tudung pakai tudung disebabkan rules di tempat kerja aku yang lama dulu tu.
SYUKUR, sekarang aku lebih selesa bertudung.
pssstttt, adakah cerita aku ni merepek???? tak paaaaaaaaaaaa....janji aku sukaaaaaa
4 comments:
bagus lah akak dah trus bertudung.. =)
semoga Allah berkati segala usaha akak.. amin..
*em.. nak mudahkan post komen rujuk tutorial ni
tips mudahkan komen
btol ape akk buat tu...xkn selamanye kita nak kena hentam dek rules bodo gtu.
along, terima kasih dengan doa along tu. mudah2an diberkati dan dirahmati ALLAH...aminnnn
along, kalau boleh tolong akak buatkan lagi bagus hehehehehhe
ini atas dasar percaya walaupun kita tak pernah jumpa, kawan sesama bloggers saja nih
nurul, iye kalau ikut rules dia org (chinese and mat saleh ni) sampai bila pun kita ikut perangai mcm dia org. Kalau ikut cara dia org bekerja tak apa, jgn ikut adat budaya dia org udah lerrr.
Post a Comment