Ini sesuai untuk wanita yang berkahwin saja,
anak2 dara boleh ambil panduan ni bila dah menjejak kaki ke alam rumahtangga nanti yeeee.
Pertama
Berbicara dengan lemah lembut apabila suami sedang marah.
Kalau suami jenis yang lambat nak turun temperature marah tu, biarkan dulu.
Apabila dah sejuk gitu, barulah slow talk dengan cara berhemah.
Kalau boleh elak jangan bergadoh di depan anak2.
Perasaan dan emosi anak2 perlu juga dijaga.
Dan juga elak dari bergadoh di tempat tidor...tak sesuai!!
Kedua
Rumah mesti sentiasa kemas, bersih, teratur dan berbau harum.
Ini juga merupakan salah satu faktor bagi mengelakkan suami cepat marah dan bosan.
Iye lah kan, kalau penat2 balik kerja, dan sampai rumah tengok bersepah sana sini
lagi laaaa rasa penat dan tidak keruan.
Aku selalunya amalkan mengemas sebelum pergi kerja. Maintenance kena jaga selalu.
Ketiga
Pikat hati suami dengan memasak makanan kegemarannya.
Sesekali kena juga menjamu selera dengan air tangan isteri (ini bagi yang bekerja)
Keempat
Tunjukkan keikhlasan sebenar2nya apabila melakukan kesalahan.
Jangan cuba menegakkan benang yang basah dalam ertikata jangan nak menang diri sendiri juga.
Hati suami yang sedang marah akan cepat sejuk dan kemarahan akan reda
jika kita sebagai isteri meminta maaf dengan seikhlas hati kita.
Kerana perkataan MAAF tu seperti magic!!
Kelima
Jaga penampilan diri sebagai seorang isteri.
Tak kira samada isteri yang berkerja atau suri rumah sepenoh masa.
Jangan masa nak berdating saja, siap mekap lawa, gincu merah menyala, minyak wangi habih satu botol.
Di rumah pun apa salahnya pakai pakaian yang menyedapkan mata suami memandang
boleh juga mekap di rumah, apa salahnya. Untuk suami jugak kan.
Nota: Sesekali ajak suami berdating tengok wayang atau beriadah, berdua aja.
Dengan cara ini, kemesraan yang sediada akan bertambah erat lagi.
No comments:
Post a Comment