Hari Kedua - cuma sempat berjalan2 ke Pasar Payang dan Bazar Warisan...itu pun hujan lebatnyaaaa...memang tak selesa nak berjalan pun. Jalan sesak menuju ke Pasar Payang. Di sini memang tak sempat nak ambil apa2 gambar pun, orang sesak sangat. Terpaksa tunggu hujan reda sedikit dan terus melintas menuju ke Bazar Warisan. Di situ tidak ada apa2 yang dibeli, cuma window shopping saja. Nak beli kain batik pun aku ni bukan minat sangat. Takut beli kain, tahun depan baru aku buat baju. Memang tidak sesuaiiiii...membazir duit saja nanti.
Ini sebenarnya di D'Benteng, tempat menjamu selera di Taman Monumen
Nampak tak mcm passport tu, cuma RM10 utk dewasa tiket masuk ke Taman Monumen atau Taman Tamdun Islam. Siap chop lagi tuuuu...mcm nak naik flight pulak hehehhehehehehhe
Yang monumen biru tu ada Kul Sharif Mosque di Kazan, Rusia.
Di hadapan Masjidil Al Haram, sangat cantik dan besar. Di tingkat bawah ada mini panggung wayang menayangkan dokumentari sejarah Kaabah dan Masjidil Al Haram itu sendiri.
Di Taman Tamadun Islam (TTI) memaparkan 21 buah monument Islam dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global lagi sofistikated. Aku catatkan yang mana ingat sahaja....dah terlupa dah punya la excited bergambar.
Yang monumen biru tu ada Kul Sharif Mosque di Kazan, Rusia.
Sebelah masjid Rusia tu terlupa pulak.
Di hadapan Masjidil Al Haram, sangat cantik dan besar. Di tingkat bawah ada mini panggung wayang menayangkan dokumentari sejarah Kaabah dan Masjidil Al Haram itu sendiri.
Sebelah kiri, Masjid Samarra, Iraq dan sebelah kanan pula, Kubbah ASs Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin. Di masjid ini menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu ALLAH
Gambaran batu suci di atas Gunung Moriah.
Masjid Badshahi, Lahore, Pakistan
Ini adalah semasa depart keluar dari taman tersebut, password boleh digunakan lagi sekiranya anda berkunjung ke sini lagi. Insyallah!!!
Pekena dulu nasi beriani kambing dan ayam. Laparnyaaaa setelah berjalan pusing keliling TTI. Di taman tu sebenarnya ada perkhidmatan shuttle tapi saja je kami nak jalan kaki, puas hati sikit. Sampaikan syiqin tertidur kat stroller tuuu
Persekitaran di Taman Tamadun Islam.
No comments:
Post a Comment