Nuffnang Ads

Thursday, December 10, 2009

Cinta Itu

Entry kali ini ditujukan khas buat sahabatku nun jauh di utara, Perlis Indera Kayangan. Norhayati namanya. Dulu sama2 bekerja denganku di sebuah hotel di Kangar, Perlis.

Yang menariknya tentang dia adalah Yati (panggilan ringkas) seorang wanita yang kuat, cekal dan mempunyai jati diri yang tinggi. Dari kegagalan perkahwinan pertama, dia bangkit semula demi dua anak yang masih kecil pada ketika itu. Yati pandai menyembunyikan kesedihan dan kesusahan dirinya, wajahnya selalu riang dan tersenyum, dia memang petah berbicara dan kerana itu lah dia kini berjaya di dalam bidang perniagaan.

Pertemuannya dengan suaminya (Othman) ini amatlah unik. Boleh anda lihat di bawah gambar ini, suaminya adalah dari golongan OKU namun itu tidak menjadi penhalang cinta mereka berdua. Hari perkahwinan mereka khabarnya amat meriah dengan kehadiran beribu jemputan yang turut hadir termasuklah pihak media. Kisah mereka pernah disiarkan dalam surat khabar dan juga majalah.

Setiap kali pulang ke Kedah, aku mesti mencari peluang untuk berjumpa Yati dan tidak ketinggalan Rahmah Jan. Kedua2nya sahabat baik yang tidak akan aku lupa seumur sehidup. Dan tidak lupa juga Kak Noraini yang sentiasa menolongku tatkala aku susah dahulu. (kak ani, nanti kita jumpa yaaaa...rindu sangat)








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...