Nuffnang Ads

Wednesday, October 7, 2009

Ada Gangguan

Pagi tadi sedang rancak melakukan tugasan di pejabat, handphone asyik berbunyi saja. Saja ku biarkan berbunyi (sms saja), lagipun handphone tu aku tengah charge di meja hujung, tak kuasa nak berlari tengok sms yang tak berhenti.

Agaknya tak puas si pengirim menghantar sms, dia telephone aku terus. Tapi aku biarkan saja dulu, kejap lagi lah aku baca sms atau balas panggilan. Bila dah kurang sikit kerja tu, aku pun jengok ler kejap handphone ku tadi, sapa la yang bersms bertalu2 tadi. Terkedu aku membacanya, seorang wanita yang aku rasa tersalah hantar message meluahkan perasaannya, sms lebihkurang berbunyi seperti ini: " saya terlantar di hospital dan sekarang doktor memasukkan air kerana kekurangan air, tidak lalu makan sejak beberapa hari yang lalu. di mana mike sekarang, sedangkan dia tahu saya mengandung dan memerlukan perhatian, tolong beritahu mike yang saya di hospital"

Aku rasa dia ingat aku ni kawan mike, lalu ku balas, rahmah jan ke, lalu dibalas semula, sorry wrong number. Kemudian handphone berbunyi, tertera nombor yang sama tadi. Lalu ku jawab, si pemanggil tadi seorang berbangsa Inggeris (tidak pasti dari negara mana pulak), nak bercakap dengan Jane, aku jawab u got a wrong number, lalu dia menjawab sorry saja.

Aku ingat dah habih cerita, tup2 dia sms lagi berbunyi "r u with Mike now. U picked up nd told me wrong number on Mikes phone. I'm in d hospital". Sudahhhhhhhhhhhh....ni mesti minah mat salleh ni ingat aku ni ada affair dgn laki dia......hishhhhhhhhh kacau betul. Lalu aku balas sms, aku type kat situ "i'm married with 2 kids, malay, muslim. 45yrs old. my hp no. 012-blablabla...the last 4 digits is my date of birth"

Kemudian minah mat salleh tadi call terus lalu meminta maaf di atas salah faham tadi. Lalu aku memberi kata perangsang pada nya supaya jangan terlalu stress memandangkan dia mengandung dan semoga bertemu dengan Mike secepat mungkin. Sempat lagi aku bertanya dari mana asalnya, dia menjawab afrika selatan.

Kasihan pulak aku kat minat mat salleh ni, laki buat perangai ke.....

Aku tarik nafas lega...nasib baik tak kena maki dengan minah ni tadi, aku pun tak takut bukan buat salah pun, jauh sekali nak beraffair2 ni....simpang la dari semua tuuuuu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...