Nuffnang Ads

Saturday, September 12, 2009

Ramadan Hampir ke Penghujung

Diam tak diam dah hampir penghujung Ramadan. Sedih pula Ramadan dah nak meninggalkan kita. Saya paling seronok bulan Ramadan, biasanya pukul 3 pagi mesti dah bangun, sembahyang dan membaca Al Quran sementara menanti waktu bersahur. Harapan dan doa walaupun Ramadan akan berlalu, kebiasaan yang saya lalui ini akan dapat diteruskan di bulan yang lain, insyaallah.

Persiapan raya pun cuma untuk anak-anak, kerana mereka yang paling seronok bila raya menjelang. Mak budak ni biasa saja, baju raya memang ada, takut tak pakai pulak. Biasa pagi raya sibuk di dapur saja, berpakaian baju kurung yang ringkas, bila nak berjalan baru pakai yang cantik sikit hehehhehehehhe

Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf kepada sahabat2 saya di alam maya ini seandainya sepanjang saya mengunjungi "rumah-rumah" teman sekalian ada memberi comment yang menyinggung perasaan. Saya cuma insan biasa tak lepas dari membuat kesalahan tanpa disedari.

Pada yang nak balik kampung, selamat menuju ke destinasi, bergembira bersama kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Dalam pada itu, harus diingatkan jaga pemakanan dan kesihatan pada musim perayaan ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...